Home Nasional Usul LKAN, tiga rang undang-undang diluluskan Dewan Rakyat
Nasional

Usul LKAN, tiga rang undang-undang diluluskan Dewan Rakyat

Usul LKAN, tiga rang undang-undang diluluskan Dewan Rakyat

Foto hiasan

KUALA LUMPUR, 12 Julai- Usul Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) Siri 2/2024 diluluskan selepas dibahaskan 52 Ahli Parlimen dan digulung oleh 14 kementerian dalam Persidangan Dewan Rakyat pada minggu ketiga.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said yang mencadangkan usul itu berkata, kerajaan memandang serius isu dibangkitkan seterusnya mengambil tindakan penambahbaikan dan pencegahan bagi mengelakkan kelemahan pada masa hadapan.

Rang Undang-Undang Kanun Keseksaan (Pindaan) 2024, Rang Undang-Undang Kanun Tatacara Jenayah (Pindaan) 2024 dan Rang Undang-Undang Keterangan Saksi Kanak-Kanak (Pindaan) 2024 turut diluluskan.

Sementara itu, Rang Undang-Undang Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) (Pindaan) 2024 yang sepatutnya diputuskan telah ditangguhkan dan akan dibawa ke Jawatankuasa Pilihan Khas Kesihatan dan Jawatankuasa Pilihan Khas Keselamatan untuk panelitian lanjut.

Cadangan penangguhan itu dibuat Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail setelah meneliti pandangan ahli parlimen.

Perkara itu bagi memastikan rang undang-undang berkenaan menjadi akta terbaik apabila diluluskan.

Sidang Dewan Rakyat semalam turut kecoh apabila ahli parlimen kerajaan dan pembangkang bercanggah pendapat berhubung keputusan Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul yang tidak mengosongkan kerusi enam ahli parlimen yang juga bekas ahli Bersatu.

Ketika memberikan penjelasan terhadap perkara berkenaan, Johari menegaskan perkara berkenaan telah dikaji dan beliau kekal dengan keputusan yang dimaklumkan itu melalui surat kepada Ketua Whip Bersatu yang juga Ahli Parlimen Beluran Datuk Seri Ronald Kiandee bertarikh 9 Julai lepas.

Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Parlimen ke-15 berlangsung selama 15 hari hingga 18 Julai depan.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....