Home Nasional Usai di Peru, PM ke Brazil hadiri Sidang Kemuncak G20
Nasional

Usai di Peru, PM ke Brazil hadiri Sidang Kemuncak G20

Usai di Peru, PM ke Brazil hadiri Sidang Kemuncak G20

FOTO BERNAMA

KUALA LUMPUR, 16 November- Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengadakan lawatan kerja ke Rio de Janeiro, Brazil dari 16 hingga 19 November 2024 bagi menghadiri Sidang Kemuncak Kumpulan 20 (G20).

Beliau akan diiringi oleh Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan; dan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Wisma Putra dalam kenyataan berkata, lawatan itu adalah atas jemputan Presiden Republik Persekutuan Brazil, Luiz Inácio Lula da Silva, yang mencerminkan hubungan diplomatik antara Malaysia dengan Brazil.

Menerusi kepimpinan Brazil di G20, Malaysia menyertai secara aktif dalam dua inisiatif G20 yang signifikan, iaitu Environment and Climate Sustainability Working Group (ECSWG) dan G20 Initiative on Bioeconomy (GIB), yang membuktikan komitmen negara mencapai penyelesaian kolaboratif dalam bidang tersebut.

Perdana Menteri dijadual menyampaikan Kenyataan Negara mengenai “Fight Against Hunger and Poverty” dan “Reform of Global Governance Institutions”.

Beliau juga dijangka bertemu dengan pemimpin-pemimpin dari Negara Anggota Kumpulan G20 untuk membincangkan isu-isu dua hala dan pelbagai yang berkepentingan bersama.

Datuk Seri Anwar turut dijadual mengadakan pertemuan dengan Presiden Brazil, untuk membincangkan kerjasama dua hala antara Malaysia dan Brazil, termasuk bidang perdagangan dan pelaburan, serta industri semikonduktor.

Kedua-dua pemimpin juga akan bertukar pandangan mengenai perkembangan di forum serantau dan pelbagai hala, termasuk ASEAN, BRICS dan G20.

Beliau juga akan mengadakan perbincangan meja bulat dengan kapten industri Brazil bagi mempromosikan peluang perniagaan, khususnya dalam sektor minyak dan gas serta teknologi digital.

Penglibatan beliau dalam Sidang Kemuncak G20 menekankan hasrat Malaysia untuk memajukan kerjasama ekonomi, menggalakkan kesejahteraan dan pembangunan inklusif serta reformasi tadbir urus global.

Sekali gus membuka peluang kerjasama yang lebih luas untuk Malaysia dan Brazil, apabila Malaysia menjadi Pengerusi ASEAN pada tahun 2025, dan Brazil sebagai Pengerusi BRICS pada tahun yang sama.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....