Home Nasional Usahawan muda diberi peluang kembangkan potensi ke peringkat lebih tinggi
Nasional

Usahawan muda diberi peluang kembangkan potensi ke peringkat lebih tinggi

Usahawan muda diberi peluang kembangkan potensi ke peringkat lebih tinggi

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof/ BERNAMA

KUALA LUMPUR, 1 November– Usahawan muda terus diberi peluang bagi mengembangkan potensi mereka ke peringkat yang lebih tinggi.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof optimis daya saing golongan tersebut mampu membantu pertumbuhan dan pengukuhan ekonomi negara.

Kerajaan dalam pada itu turut menyokong penuh dan melihat usahawan muda sebagai antara peneraju pembangunan masa depan negara.

\”Kerajaan komited untuk memberikan sokongan penuh kepada usahawan yang memainkan peranan penting dalam memupuk budaya persaingan yang kukuh dan memacu pertumbuhan negara.

\”Platform ini menggalakkan anak muda Malaysia untuk mengambil langkah berani ke hadapan, mengingatkan mereka bahawa dengan dedikasi dan visi, kejayaan adalah dalam jangkauan semua\”, katanya.

Kerajaan, pemain industri dan usahawan muda harus kekal bekerjasama dalam memastikan aspirasi membina negara maju melalui inovasi dapat direalisasikan.

Datuk Seri Fadillah berucap pada Majlis Anugerah 100 Usahawan Muda Paling Berpengaruh 2024 di ibu negara.

Related Articles

Petugas media dijemput sertai Pesta Pantun sempena HAWANA 2025
Nasional

Petugas media dijemput sertai Pesta Pantun sempena HAWANA 2025

Penyertaan Pesta Pantun HAWANA–DBP 2025 terbuka kepada semua petugas media / Foto...

Ribut petir di Sarawak, Sabah dan Labuan hingga 1 tengah hari ini
Nasional

Ribut petir di Sarawak, Sabah dan Labuan hingga 1 tengah hari ini

Gambar hiasanKUALA LUMPUR, 2 Mei – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran...

Presiden Kosovo diberi sambutan rasmi, Anwar terima Anugerah 'Order of Independence'
Nasional

Presiden Kosovo diberi sambutan rasmi, Anwar terima Anugerah 'Order of Independence'

Presiden Republik Kosovo, Dr Vjosa Osmani Sadriu dan Perdana Menteri, Datuk Seri...

Presiden Kosovo melawat Malaysia
Nasional

Presiden Kosovo melawat Malaysia

Lawatan Presiden Kosovo/BernamaSEPANG, 1 MEI – Presiden Kosovo, Dr. Vjosa Osmani Sadriu...