Home Nasional Usahawan desa digalak ambil peluang daripada inisiatif AI
Nasional

Usahawan desa digalak ambil peluang daripada inisiatif AI

Usahawan desa digalak ambil peluang daripada inisiatif AI

Datuk Rubiah Wang berucap pada perasmian Program Pendigitalan Usahawan Desa Siri 4 di Kuching

KUCHING, 12 Ogos- Usahawan desa digalakkan untuk mengambil peluang daripada inisiatif penggunaan kecerdasan buatan AI, dengan memulakan langkah mendigitalkan perniagaan mereka.

Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Rubiah Wang memberitahu, ia sebagai persediaan asas kepada para usahawan untuk menghadapi persaingan, selain membantu memberikan impak positif kepada eko-sistem teknologi negara.

Beliau berkata, mengambil contoh firma teknologi digital awan terkemuka dunia, Alibaba Cloud telah melancarkan Program Pemecutan Digital dengan menapakkan tiga inisiatif utama, bertujuan memacu penggunaan AI.

Katanya inisiatif tersebut membuka peluang kepada usahawan untuk mendigitalkan perniagaan dan meningkatkan daya saing dalam ekosistem perniagaan yang semakin sengit.

Beliau menyatakan demikian dalam ucapan perasmian Program Pendigitalan Usahawan Desa Siri 4 di Kuching.

Mengenai program tersebut, Datuk Rubiah menjelaskan sebanyak RM1.7 juta diperuntukan bagi pelaksanaannya, dengan sasaran penyertaan 1,200 usahawan desa seluruh negara menerusi enam siri program yang dirancang tahun ini.

Seramai 725 usahawan menyertai empat siri program yang telah diadakan.

Related Articles

Jumlah penerima i-Suri 2024 meningkat 77%
Nasional

Jumlah penerima i-Suri 2024 meningkat 77%

Menteri Kewangan II, Datuk Amir Hamzah AzizanKUALA LUMPUR, 13 Mac- Jumlah penerima...

MCMC, KKM bekerjasama tangani ketagihan media sosial
Nasional

MCMC, KKM bekerjasama tangani ketagihan media sosial

Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching / Foto BernamaKUALA LUMPUR, 13 Mac...

Cermin mata percuma untuk pelajar B40 Pulau Pinang
Nasional

Cermin mata percuma untuk pelajar B40 Pulau Pinang

FOTO RTMBATU MAUNG, 13 Mac- Pelajar sekolah daripada keluarga B40 di Pulau...

RUU Pekerja Gig dijangka dibentang Jun ini
Nasional

RUU Pekerja Gig dijangka dibentang Jun ini

Foto Hiasan / BernamaKUALA LUMPUR, 13 Mac – Kementerian Sumber Manusia (Kesuma)...