Home Nasional Usahawan bumiputera perlu pupuk sifat kreatif, inovasi & kebolehsuaian 
Nasional

Usahawan bumiputera perlu pupuk sifat kreatif, inovasi & kebolehsuaian 

Usahawan bumiputera perlu pupuk sifat kreatif, inovasi & kebolehsuaian 

Foto FB Fadillah Yusof

KUALA LUMPUR, 28 November- Usahawan bumiputera diseru memupuk sifat kreatif, inovasi, dan kebolehsuaianuntuk kekal relevan dalam persekitaran ekonomi yang dinamik.

Menurut Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof, ia selaras dengan matlamat Kerajaan MADANI untuk terus komited terhadap agenda teras pembangunan Malaysia termasuk reformasi ekonomi, penggalakan inovasi serta mendorong pembangunan mampan.

\”Platform seperti Anugerah Kecemerlangan Perniagaan Bumiputera (BBEA) yang mengiktiraf dan memperkasakan usahawan serta syarikat bumiputera berskala mikro atau korporasi besar, adalah ruang untuk dimanfaatkan sebaik-baiknya oleh usahawan bumiputera.

\”Ia bagi membina keyakinan, kredibiliti, dan juga rangkaian hubungan bersama para usahawan,\” katanya ketika berucap merasmikan BBEA 2024, di sini.

BBEA edisi keempat kali itu memberi pengiktirafan kepada lebih 60 pemenang dalam kalangan usahawan serta pemimpin korporat daripada pelbagai industri.

Dalam pada itu, Fadillah berkata Kerajaan MADANI sentiasa menyokong platform seperti BBEA 2024.

Fadillah berkata, sumbangan usahawan bumiputera perlu diiktiraf dan dihargai atas usaha membangunkan ekonomi negara, meski berdepan landskap perniagaan yang sentiasa berubah dan mencabar.

\”Kemakmuran dan kekuatan negara kita tidak dapat dipisahkan daripada peranan penting syarikat-syarikat bumiputera.

\”Jutaan rakyat Malaysia berkongsi hasil usaha ini melalui kewujudan peluang pekerjaan dan perkembangan ekonomi tempatan.

\”Di persada antarabangsa pula, produk dan perkhidmatan berkualiti tinggi daripada syarikat bumiputera terus meningkatkan jenama Malaysia ke pasaran global,\” katanya.

Sementara itu, Fadillah berkata BBEA yang sudak memasuki siri keempat akan diperluas ke Sabah dan Sarawak pada tahun hadapan.

Fadillah berkata, komuniti usahawan bumiputera tidak seharusnya terhad kepada syarikat-syarikat di Semenanjung sahaja.

Justeru, beliau mengalu-alukan inisiatif penganjur BBEA untuk melancarkan Anugerah Kecemerlangan Perniagaan Bumiputera Malaysia Timur 2025.

\”Langkah ini merupakan perkembangan misi BBEA untuk mengenal pasti dan memberi penghargaan kepada komuniti perniagaan yang bertapak di Sabah dan Sarawak.

\”Saya gembira melihat inisiatif ini kerana ia menonjolkan komitmen kita dalam memperjuangkan keterangkuman serta menghargai sumbangan syarikat-syarikat di seluruh negara dalam memperkasakan ekonomi Malaysia,\” katanya.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....