Home Nasional Usaha promosi Malaysia diperhebat melalui 'influencer'
Nasional

Usaha promosi Malaysia diperhebat melalui 'influencer'

Usaha promosi Malaysia diperhebat melalui 'influencer'

Tiong King Sing (tengah) pada Majlis Makan Malam ASIA2024 di Kuala Lumpur malam tadi/RTM

KUALA LUMPUR, 4 Disember- Pelbagai usaha giat dilaksanakan dalam mempromosikan Malaysia ke negara luar termasuk trend menggunakan pempengaruh (influencer) terkenal menerusi platform media sosial.

Menurut Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC),Datuk Seri Tiong King Sing, langkah itu antara fokus MOTAC untuk merancakkan dan memperkukuhkan sektor pelancongan negara, sekali gus menarik lebih ramai pelancong dalam dan luar negara.

\”Usaha itu membantu negara kita membuat promosi, bukan sahaja untuk ASEAN Summit 2025 tetapi juga untuk mempromosikan negara masing-masing bagi Visit Malaysia 2026,\” katanya ketika ditemui pemberita pada Majlis Makan Malam ASIA2024 di ibu negara, malam tadi.

Majlis tersebut diadakan bagi meraikan 60 pempengaruh dari sembilan negara yang bakal bertanding dalam 13 kategori anugerah yang mengiktiraf kreativiti, impak sosial dan inovasi kandungan digital.

Acara itu dilihat bukan sahaja sebagai satu penghargaan tetapi juga berfungsi sebagai ruang untuk mempromosikan keindahan dan budaya Malaysia di mata dunia.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....