Home Nasional Usaha perkasa pendigitalan sistem pentadbiran tanah Madani diperluas
Nasional

Usaha perkasa pendigitalan sistem pentadbiran tanah Madani diperluas

Usaha perkasa pendigitalan sistem pentadbiran tanah Madani diperluas

Kerajaan Persekutuan turut mengambil tanggungjawab merangka undang-undang dan peraturan yang seragam supaya pentadbiran tanah di negeri-negeri kekal berdaya saing.

PUTRAJAYA, 31 Julai- Usaha memperkasa pendigitalan dalam sistem pentadbiran tanah Madani diperluas menerusi sistem yang berorientasikan digital, tangkas dan menepati piawaian global.

Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata langkah itu mampu memanfaatkan teknologi termaju dalam era Revolusi Perindustrian Keempat (IR 4.0), sekali gus mewujudkan Malaysia yang maju dan makmur.

\”Kerajaan Persekutuan turut mengambil tanggungjawab merangka undang-undang dan peraturan yang seragam supaya pentadbiran tanah di negeri-negeri kekal berdaya saing.

\”Sistem pentadbiran tanah yang berintegriti, telus, tangkas dan konsisten menjadi keutamaan para pelabur khasnya pelabur antarabangsa,\” katanya pada Majlis Perasmian Sambutan Hari Tanah Negara (HTN) kelapan di sini.

Beliau turut mengalu-alukan usaha Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian (JKPTG) melaksanakan pindaan kepada Jadual Kesepuluh, Jadual Keenam Belas dan Perintah Ubahsuai kepada Seksyen 292A, Kanun Tanah Negara (Akta 828).

Pindaan itu bagi membolehkan konsep perserahan dan pendaftaran atas talian (\’Online Public Representation\’), hakmilik elektronik dan daftar hakmilik berkonsepkan \’Cloud\’ dilaksanakan oleh warga pentadbiran tanah di seluruh negara.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....