Home Nasional Usaha hasilkan kenderaan elektrik, GISBH tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Nasional

Usaha hasilkan kenderaan elektrik, GISBH tumpuan Dewan Rakyat hari ini

Usaha hasilkan kenderaan elektrik, GISBH tumpuan Dewan Rakyat hari ini

Foto Hiasan

KUALA LUMPUR, 27 November – Langkah kerajaan menggalakkan pemain industri tempatan untuk mempertingkatkan usaha mengeluarkan kenderaan elektrik bagi memenuhi permintaan tempatan antara yang dibincangkan pada mesyuarat Dewan Rakyat hari ini.

Menurut Aturan Urusan Mesyuarat, Khoo Poay Tiong (PH-Kota Melaka) bertanyakan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri berhubung perkara itu dalam sesi soal jawab lisan sebaik sidang Dewan Rakyat bermula 10 pagi.

Turut menarik perhatian, soalan Azli Yusof (PH-Shah Alam) kepada Perdana Menteri berhubung usaha memulihkan akidah pemimpin dan pengikut GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH) yang terpesong daripada ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Azli juga ingin tahu mengenai tindakan diambil kerajaan untuk membela kebajikan keluarga dan memastikan kelangsungan pendidikan anak-anak yang ditinggalkan GISBH berikutan operasi Op Global.

Pada sesi sama, Mohd Hasnizan Harun (PN-Hulu Selangor) bertanyakan Perdana Menteri berhubung usaha dan inisiatif bagi mengatasi masalah jenayah penipuan dalam talian yang telah menyebabkan kerugian lebih RM2.6 bilion dalam tempoh kurang tiga tahun selain tindakan penguatkuasaan undang-undang.

Selain itu, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman (MUDA-Muar) bertanya kepada Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat sama ada kementerian itu mempunyai rancangan untuk menaikkan siling bagi pendapatan isi rumah pemohon bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Usai sesi itu, persidangan diteruskan dengan sesi perbahasan dan penggulungan Rang Undang-Undang Perbekalan (Belanjawan) 2025 peringkat jawatankuasa oleh kementerian terlibat.-BERNAMA

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....