Saturday , 22 February 2025
Home Nasional Usaha galak pengeluaran durian Musang King, Duri Hitam antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Nasional

Usaha galak pengeluaran durian Musang King, Duri Hitam antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini

Usaha galak pengeluaran durian Musang King, Duri Hitam antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini

FOTO HIASAN

KUALA LUMPUR, 17 Julai – Usaha dan langkah kerajaan dalam menggalakkan pengeluaran durian Musang King dan Duri Hitam bagi pasaran antarabangsa antara tumpuan persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Menurut Aturan Urusan Mesyuarat di laman sesawang Parlimen, soalan itu diajukan pada sesi soal jawab oleh Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal (PN-Bukit Gantang) kepada Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan kerana raja buah itu mempunyai nilai tinggi untuk dipasarkan di peringkat global.

Pada sesi yang sama Suhaizan Kaiat (PH-Pulai) pula meminta penjelasan Menteri Kesihatan mengenai rancangan mewujudkan Pembiayaan Penjagaan Kesihatan Negara bagi memberi perkhidmatan kesihatan yang terbaik kepada rakyat serta cabaran yang dihadapi.

Turut menjadi tumpuan ialah soalan Datuk Seri Bung Moktar Radin (BN-Kinabatangan) kepada Menteri Ekonomi mengenai langkah kerajaan dalam menoktahkan kemiskinan tegar di Sabah terutama lapan daerah yang dikategorikan termiskin di Malaysia.

Selain itu Datuk Shamshulkahar Mohd Deli (BN-Jempol) bertanya kepada Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri mengenai tindakan kerajaan untuk menggalakkan pelaburan berkaitan kecerdasan buatan (AI) di Malaysia.

Usai sesi soal jawab, persidangan diteruskan dengan pembentangan Rang Undang-Undang Ordinan Buruh Sabah (Pindaan) 2024 bagi bacaan kali pertama, sebelum persidangan disambung dengan perbahasan Rang Undang-Undang Perubatan (Pindaan) 2024.

Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Parlimen ke-15 berlangsung selama 15 hari hingga Khamis ini.-BERNAMA

Related Articles

Sultan Ibrahim selamat tiba selepas menjalani rawatan di luar negara
Nasional

Sultan Ibrahim selamat tiba selepas menjalani rawatan di luar negara

Foto Facebook Sultan Ibrahim KUALA LUMPUR, 22 Februari- Yang di-Pertuan Agong Sultan...

Hubungan setengah abad Malaysia-Bahrain memasuki dimensi baharu dengan lawatan Anwar
Nasional

Hubungan setengah abad Malaysia-Bahrain memasuki dimensi baharu dengan lawatan Anwar

Anwar Ibrahim/ Foto BERNAMAMANAMA, 22 Februari- Hubungan diplomatik antara Malaysia dengan Bahrain...

Peniaga kedai runcit di Baling dikenakan tindakan, jual minyak bersyarat
Nasional

Peniaga kedai runcit di Baling dikenakan tindakan, jual minyak bersyarat

Foto KPDN BALING, 22 Februari– Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara...

Jejantas Tun Teja, ikon pelancongan Melaka yang baharu
Nasional

Jejantas Tun Teja, ikon pelancongan Melaka yang baharu

Foto FB Ab Rauf YusohPERINGGIT, 22 Februari– Jejantas Melaka Sentral kini dikenali...