Saturday , 8 February 2025
Home Nasional UPSI usaha perkasa tulisan jawi sekitar kampus
Nasional

UPSI usaha perkasa tulisan jawi sekitar kampus

UPSI usaha perkasa tulisan jawi sekitar kampus

Bangunan Suluh Budiman tempat Pendeta Za’ba pernah berkhidmat sebagai penterjemah di Pejabat Karang Mengarang pada tahun 1922.

TANJUNG MALIM, 28 September– Situasi tulisan jawi yang kurang diberi perhatian oleh masyarakat mendorong Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) berusaha untuk memartabatkan tulisan itu di sekitar dua kampusnya.

Menurut Naib Canselor, Prof Datuk Dr Md Amin Md Taff usaha memartabatkan tulisan jawi harus dilakukan supaya tulisan atau aksara Bahasa Melayu itu dapat diperkasakan semula.

Sehubungan itu, katanya, semua papan tanda di bangunan dan pejabat yang ada di Kampus Sultan Abdul Jalil Shah dan Kampus Sultan Azlan Shah (KSAS) yang terletak di Proton City akan dimasukkan tulisan jawi selain rumi.

\”Sejak beberapa tahun lalu UPSI memuatkan tulisan jawi pada papan-papan tanda jalan sekitar Kampus Sultan Abdul Jalil Shah (KSAJ) di Tanjung Malim.

“Usaha ini perlu dilakukan memandang UPSI yang bermula dengan zaman Sultan Idris Training College (SITC) melahirkan pejuang kemerdekaan yang menggunakan medium persuratan, malah Pendeta Za’ba juga pernah berkhidmat sebagai penterjemah di Pejabat Karang Mengarang ketika itu,” katanya.

Justeru, beliau berkata bagi menyambung semangat cintakan bahasa dan kesusasteraan Melayu zaman silam, UPSI harus bangkit menyemarakkan kecintaan terhadap bahasa Melayu dan tulisan jawi .

\”Usaha baik ini akan digerakkan menerusi Institut Peradaban Melayu (IPM) yang berperanan mengangkat dan menyelidik hal-hal berkaitan peradaban Melayu .

“UPSI akan komited memperjuangkan tulisan jawi agar tulisan itu tidak lupus ditelan zaman dalam situasi mengharungi arus kehidupan moden dan digital sekarang ini,” katanya.

Menurutnya, UPSI turut menawarkan kursus minor jawi di bawah Jabatan Bahasa dan Kesusasteraan Melayu (JBKM), Fakulti Bahasa dan Komunikasi (FBK) sejak beberapa tahun lalu bertujuan menghidupkan tulisan itu dalam kalangan mahasiswa.

Prof Md Amin turut menyarankan agar pelbagai program mengimarahkan tulisan jawi dilaksanakan di universiti supaya mahasiswa dapat menikmati keunikan tulisan jawi.

Related Articles

KKR lulus RM263 juta peruntukan untuk Johor
Nasional

KKR lulus RM263 juta peruntukan untuk Johor

Datuk Seri Alexander Nanta Linggi bersama-sama Datuk Onn Hafiz Ghazi di Kementerian...

Permohonan UPUOnline kemasukan ke IPTA, MARA BPT dibuka bermula 10 Februari
Nasional

Permohonan UPUOnline kemasukan ke IPTA, MARA BPT dibuka bermula 10 Februari

Foto hiasan KUALA LUMPUR, 7 Februari- Permohonan kemasukan pelajar Sesi Akademik 2025/2026...

MITI komited pacu integrasi ekonomi serantau
Nasional

MITI komited pacu integrasi ekonomi serantau

Mastura Ahmad MustafaKUALA LUMPUR, 7 Februari- Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI)...

Agong menjalani rawatan di luar negara
Nasional

Agong menjalani rawatan di luar negara

Foto Facebook Sultan Ibrahim KUALA LUMPUR, 7 Februari- Yang di-Pertuan Agong Sultan...