Home Nasional UPSI perkenal Kad Budi Bitara, hargai jasa pesara
Nasional

UPSI perkenal Kad Budi Bitara, hargai jasa pesara

UPSI perkenal Kad Budi Bitara, hargai jasa pesara

Naib Canselor UPSI, Prof Datuk Dr. Md Amin Md Taff serta barisan pengurusan UPSI bergambar bersama pesara UPSI dalam Majlis Jasamu Dikenang 2024 yang diadakan di Muallim Ballroom, Scholar Suites, Kampus Sultan Azlan Shah, UPSI. / Foto UPSI

TANJONG MALIM, 25 Januari- Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) melancarkan Kad Budi Bitara semalam, satu inisiatif khas sempena Majlis Jasamu Dikenang UPSI 2024.

Naib Canselor UPSI, Prof Datuk Dr. Md Amin Md Taff berkata ia sebagai tanda penghargaan kepada pesara universiti atas sumbangan dan khidmat bakti mereka sepanjang tempoh perkhidmatan.

Pelancaran kad itu menjadikan UPSI, Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) pertama mengambil langkah proaktif dalam menghargai jasa pesara yang menyumbang bakti kepada pembangunan institusi.

\”Kad ini adalah simbol penghormatan dan tanda penghargaan kami terhadap komitmen tinggi para pesara yang telah berkhidmat demi kecemerlangan universiti.

\”Mereka adalah tulang belakang kepada kejayaan UPSI dan kami berharap kemudahan yang disediakan dapat memberi manfaat kepada mereka,\” katanya menerusi kenyataan.

Kad berkenaan menawarkan pelbagai kemudahan eksklusif termasuk akses kepada perkhidmatan perpustakaan, kemudahan sewaan fasiliti di UPSI dan Universiti Holdings Sdn. Bhd. (UHSB) pada kadar kakitangan serta akses ke fasiliti di kedua-dua kampus UPSI seperti kolam renang, gelanggang bowling, gimnasium, dan pelbagai kemudahan lain.

Tambahnya, inisiatif berkenaan juga komitmen universiti untuk terus membina hubungan yang erat dengan pesara walaupun mereka tidak lagi bertugas secara aktif.

\”Pesara adalah sebahagian keluarga UPSI, dan kami mahu memastikan mereka sentiasa merasa dihargai dan diberi keistimewaan dalam menikmati kemudahan yang universiti tawarkan,\” katanya.

Tambahnya, Kad Budi Bitara itu bukan sekadar kemudahan fizikal tetapi juga simbolik kepada penghormatan universiti terhadap pengalaman dan kepakaran pesara.

“Kami berharap Kad Budi Bitara ini menjadi inspirasi kepada staf yang masih berkhidmat untuk terus memberikan yang terbaik kepada universiti. Komitmen dan integriti yang ditunjukkan pesara perlu dicontohi oleh generasi baru,\” ujar beliau.

Sementara itu, Pendaftar UPSI, Helmi Zaifura Abdul Rahman berkata pihaknya turut menyediakan pelbagai inisiatif lain bagi menghargai jasa para pesara.

Antara inisiatif diwujudkan adalah sumbangan kepada pesara seperti sumbangan ke hospital RM100, sumbangan kematian RM300, dan sumbangan penyakit kritikal sebanyak RM1,000.

\”Inisiatif kedua adalah penyediaan Wall of Fame yang sedang dalam proses untuk penyediaan spesifikasi dan draf reka bentuk akhir yang dijangka siap pada Mac tahun ini.

\”Wall of Fame ini akan memaparkan ukiran nama-nama pesara di atas kayu yang akan kekal dipamerkan di sekeliling ruang legar Aras 1 bangunan Canselori,\” katanya.

Inisiatif ketiga ialah program khas bagi bakal-bakal pesara untuk menerima program pendedahan seawal dua tahun sebelum persaraan bagi mempersiapkan mereka menghadapi dunia persaraan.

“Pelbagai inisiatif diwujudkan oleh UPSI bagi mencerminkan usaha kami untuk mengekalkan hubungan baik dengan bekas kakitangan, di samping menyokong keperluan mereka dalam menjalani kehidupan selepas persaraan,\” tambahnya.

Majlis Jasamu Dikenang 2024 dihadiri lebih 100 pesara serta ahli keluarga mereka.

Majlis itu turut diserikan dengan persembahan seni dan penyampaian anugerah serta cenderamata kepada pesara UPSI.

Related Articles

Banjir Sarawak: 1 PPS masih aktif di Bintulu
Nasional

Banjir Sarawak: 1 PPS masih aktif di Bintulu

FOTO APM TATAUKUCHING, 26 Januari- Situasi banjir di Sarawak kekal dengan satu...

Subsidi tambang penerbangan dilanjutkan sempena musim perayaan
Nasional

Subsidi tambang penerbangan dilanjutkan sempena musim perayaan

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke / Foto RTMSEPANG, 26 Januari – Dalam usaha...

Seorang lelaki dikhuatiri lemas, terjatuh bot
Nasional

Seorang lelaki dikhuatiri lemas, terjatuh bot

Enam anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Triang bersama sebuah jentera...

MHO desak Thailand kawal sempadan, elak pemerdagangan manusia
Nasional

MHO desak Thailand kawal sempadan, elak pemerdagangan manusia

Datuk Hishamuddin HashimKUALA LUMPUR, 25 Januari- Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia (MHO)...