Home Nasional UPM kembalikan tradisi berbuka dalam talam, tarik minat anak muda
Nasional

UPM kembalikan tradisi berbuka dalam talam, tarik minat anak muda

UPM kembalikan tradisi berbuka dalam talam, tarik minat anak muda

Juadah berbuka puasa di Masjid UPM ini disediakan secara gotong- royong bersama Pusat Islam dan sukarelawan Hospital Sultan Abdul Aziz Shah (HSAAS) UPM.

SERDANG, 7 Mac – Tradisi berbuka puasa secara makan dalam talam di Pusat Islam, Universiti Putra Malaysia (UPM) menjadi tarikan utama kepada para jemaah sepanjang Ramadan ini.

Pusat Islam UPM menyediakan juadah berbuka puasa kepada lebih 800 orang jemaah setiap hari Rabu, dengan makanan dimasak secara gotong-royong bersama sukarelawan dari Hospital Sultan Abdul Aziz Shah (HSAAS) UPM.

Pegawai Psikologi HSAAS UPM, Rafidah Sadarudin, memaklumkan bahawa seramai 16 orang kakitangan dari hospital tersebut terlibat dalam kerja-kerja penyediaan makanan sejak pukul 12 tengah hari.

\”Alhamdulillah, sukarelawan kami terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat. Usaha ini bukan sekadar menyediakan juadah berbuka, tetapi juga melambangkan keutuhan perpaduan dalam negara yang mempunyai masyarakat berbilang kaum,\” katanya.

Seorang pengunjung, Noor Dina Mohd Khairudin, 34, berkongsi keterujaan apabila berpeluang buat kali pertama merasai berbuka puasa dalam talam bersama keluarganya di masjid UPM.

\”Di rumah, kami sekeluarga makan menggunakan pinggan di atas meja. Tetapi di sini, kami dapat merasai kembali tradisi lama yang semakin jarang diamalkan.

\”Ia bukan sahaja menghidupkan semula budaya ini, tetapi juga merapatkan ukhuwah sesama umat Islam,\” ujarnya.

Sementara itu, Pegawai Pertanian UPM, Khairul Azmi Za’ba, 38, menyatakan bahawa pengalaman berbuka puasa di masjid bersama keluarga sangat bermakna buatnya.

\”Anak-anak saya sangat teruja berbuka dalam talam kerana mereka dapat berkenalan dengan ramai kawan baru. Lebih penting, selepas berbuka, kami dapat menunaikan solat tarawih bersama,\” katanya.

Tradisi berbuka dalam talam di Masjid UPM bukan sekadar menawarkan hidangan berbuka, tetapi turut menjadi platform merapatkan silaturahim dalam kalangan jemaah serta menyemarakkan semangat kebersamaan di bulan Ramadan.

Related Articles

JPN Kelantan galak sekolah YIK pakai lencana Jalur Gemilang
Nasional

JPN Kelantan galak sekolah YIK pakai lencana Jalur Gemilang

FOTO RTMKOTA BHARU, 21 April- Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kelantan menggalakkan sekolah-sekolah...

Cintakan negara bermula dari rumah- KPWKM
Nasional

Cintakan negara bermula dari rumah- KPWKM

Datuk Seri Nancy (TENGAH) pada Majlis Pemakaian Lencana Jalur Gemilang Pada Pakaian...

Bakal jemaah haji perlu bersyukur, peluang jadi tetamu Allah
Nasional

Bakal jemaah haji perlu bersyukur, peluang jadi tetamu Allah

Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bergambar kenangan bersama peserta ursus Perdana Haji...

2 cedera, rumah pekerja dijilat api
Nasional

2 cedera, rumah pekerja dijilat api

FOTO JBPM SARAWAKBINTULU, 21 April- Dua individu, seorang wanita berusia 59 tahun...