Home Nasional UniKL, Universiti UAE bangunkan fakulti AI di Kuala Lumpur
Nasional

UniKL, Universiti UAE bangunkan fakulti AI di Kuala Lumpur

UniKL, Universiti UAE bangunkan fakulti AI di Kuala Lumpur

Ahmad Zahid menghadiri majlis makan malam bersama 200 diaspora Malaysia di Dubai, UAE /Foto RTM

DUBAI, 19 November – Universiti Kuala Lumpur (UniKL) akan berkolaborasi dengan Universiti Kecerdasan Buatan Mohamad bin Zayed (MBZUAI) bagi membangunkan fakulti kecerdasan buatan (AI).

Menurut Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, usahasama itu bertepatan dengan reputasi institusi itu sebagai universiti AI pertama di dunia.

“Apa yang telah dipersetujui, MBZUAI akan menjalin hubungan dengan UniKL untuk mewujudkan fakulti AI dan perkara ini telah disahkan Pengerusi MARA, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki,’’

‘’Ini adalah satu pendekatan baharu kerana kita perlu belajar AI ini daripada negara atau institusi yang telah melakukan sistem pendidikan AI yang terawal,’’ katanya pada majlis makan malam bersama lebih 200 diaspora Malaysia di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Selain UniKL, tiga lagi universiti tempatan bakal mewujudkan fakulti AI termasuk Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM).

Sementara itu, Ahmad Zahid memaklumkan, kerajaan dan rakyat UAE mengagumi pencapaian anak tempatan yang menetap dan bekerja di negara itu.

Ia menjadi cerminan keunggulan sistem pendidikan negara yang menghasilkan ramai tenaga profesional dan usahawan berjaya.

Ahmad Zahid dijadual mengakhiri lawatan 7 hari ke UAE, hari ini.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....