Home Nasional UNESCO iktiraf Taman Negara Niah sebagai Tapak Warisan Dunia
Nasional

UNESCO iktiraf Taman Negara Niah sebagai Tapak Warisan Dunia

UNESCO iktiraf Taman Negara Niah sebagai Tapak Warisan Dunia

Taman Negara Niah diiktiraf UNESCO sebagai Tapak Warisan Dunia

KUCHING, 27 Julai – Taman Negara Niah, Sarawak diiktiraf sebagai Tapak Warisan Dunia Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO), hari ini.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, perkara itu dimaklumkan kepada beliau oleh Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar, Datuk Len Talif Salleh yang menyertai Mesyuarat Jawatankuasa Warisan Dunia UNESCO ke-46 di New Delhi, India.

Menurut Abang Johari, pengiktirafan tersebut membuktikan Sarawak mendapat perhatian dunia, selepas Taman Negara Mulu diiktiraf sebagai tapak warisan dunia UNESCO pada 2000.

Justeru, kerajaan Sarawak mahu membawa pengunjung untuk melihat tapak-tapak warisan berkenaan.

Ia dijangka dapat dicapai selepas Sarawak mempunyai syarikat penerbangan sendiri menjelang akhir tahun ini.

“Yang kita perlukan sekarang ialah membawa orang melihat tapak-tapak ini dan oleh itu Kementerian Pengangkutan masih dalam peringkat akhir perbincangan mengenai syarikat penerbangan milik Sarawak dan Insya- Allah, menjelang hujung tahun ini kita mempunyai syarikat penerbangan sendiri,”ucap beliau semasa hadir Makan Malam Karnival Gawai REDEEMS di Bau, di sini.

Tambah Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari, syarikat penerbangan sendiri ini juga dapat membantu mempromosi kemasukan pengunjung atau ahli perniagaan ke Sarawak.

Related Articles

Pembukaan dua pusat NADI Baharu di Johor lengkapkan 101 NADI di negeri itu
Nasional

Pembukaan dua pusat NADI Baharu di Johor lengkapkan 101 NADI di negeri itu

Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie ChingKULAI, 22 Mac – Dua buah lagi...

Malaysia Airlines sambung semula penerbangan ke Heathrow London
Nasional

Malaysia Airlines sambung semula penerbangan ke Heathrow London

Foto Hiasan / BernamaKUALA LUMPUR, 22 Mac – Malaysia Airlines hari ini...

37 anak yatim PRITY terima sumbangan kelengkapan hari raya
Nasional

37 anak yatim PRITY terima sumbangan kelengkapan hari raya

Seramai 37 anak yatim dari Pertubuhan Kebajikan Ibu Tunggal dan Anak Yatim...

Lebih 1,000 wanita hadiri Majlis Tadarus dan Khatam Al-Quran
Nasional

Lebih 1,000 wanita hadiri Majlis Tadarus dan Khatam Al-Quran

Foto Badan Perhubungan UMNO KedahSUNGAI PETANI, 22 Mac – Lebih 1,000 jemaah...