Home Nasional Undang-undang pemindahan hak milik tanah akan diteliti semula – Anwar
Nasional

Undang-undang pemindahan hak milik tanah akan diteliti semula – Anwar

Undang-undang pemindahan hak milik tanah akan diteliti semula – Anwar

Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR, 9 Ogos- Undang-undang berkaitan pemindahan hak milik tanah kegunaan awam kepada syarikat swasta akan diteliti semula.

Jelas Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, tindakan pengambilan tanah sewenang-wenangnya itu dibimbangi akan memberi implikasi serius terhadap negara sekiranya dibiarkan.

Memetik keputusan Mahkamah Tinggi yang memerintahkan kerajaan memindah milik tanah seluas 106.542 hektar di Mukim Batu kepada Semantan Estate Sdn Bhd (SESB).

Meskipun, kerajaan patuh dengan keputusan penghakiman yang telah dibuat, undang-undang tersebut bagaimanapun akan memberi implikasi serius kepada negara sekiranya tidak diteliti semula.

\”Kita patuh dengan keputusan kehakiman tetapi yang dimohon kedua-dua pihak, kami telah berunding tiga bulan untuk berunding tetapi tidak disetujui, jadi kita juga akan lihat implikasi undang-undang dan implikasi kepada negara itu sangat serius.

\”Saya akan cadangkan kepada Jemaah Menteri untuk melihat semula undang-undang ini kerana kalau prinsip ini digunakan bagaimana dengan tanah-tanah rakyat yang dulu diambil sejak merdeka atau sebelum merdeka,\” katanya selepas menyampaikan amanat bersempena Majlis Peluncuran Garis Panduan Mengenai Pengurusan dan Tatakelola Badan Berkanun Persekutuan di sini.

Sebelum ini, Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Ahmad Shahrir Mohd Salleh memutuskan agar kerajaan perlu memindah milik tanah ‘Duta Enclave’ kepada SESB, selepas membenarkan saman pemula syarikat itu terhadap Pendaftar Hak Milik Wilayah Persekutuan selaku defendan.

Tanah terbabit, menempatkan antaranya Kompleks Lembaga Hasil Dalam Negeri, beberapa bangunan kerajaan, Stadium Hoki Nasional, Institut Kefahaman Islam Malaysia dan Masjid Wilayah Persekutuan.

Related Articles

Banjir di Johor pulih sepenuhnya
Nasional

Banjir di Johor pulih sepenuhnya

FOTO FAIL KOTA TINGGI, 6 Februari – Tiga buah pusat pemindahan sementara...

UM kembalikan senyuman suku kaum Semai di Raub
Nasional

UM kembalikan senyuman suku kaum Semai di Raub

Foto UMKUALA LUMPUR, 6 Februari – Seramai 500 penduduk Orang Asli di...

Isu sewa helikopter RM16.6 bilion akan dijawab 20 Februari
Nasional

Isu sewa helikopter RM16.6 bilion akan dijawab 20 Februari

Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin KUALA LUMPUR, 6 Februari –...

Kepengerusian ASEAN, langkah tangani geopolitik antara fokus Dewan Rakyat hari ini
Nasional

Kepengerusian ASEAN, langkah tangani geopolitik antara fokus Dewan Rakyat hari ini

FOTO FAIL KUALA LUMPUR, 6 Februari – Objektif Kepengerusian ASEAN, langkah menangani...