Wednesday , 30 April 2025
Home Nasional Undang-undang maklumat palsu, ketidakcekapan sistem RFID antara tumpuan Dewan Rakyat
Nasional

Undang-undang maklumat palsu, ketidakcekapan sistem RFID antara tumpuan Dewan Rakyat

Undang-undang maklumat palsu, ketidakcekapan sistem RFID antara tumpuan Dewan Rakyat

Foto hiasan

KUALA LUMPUR, 25 November– Keperluan undang-undang berkaitan penyebaran maklumat palsu, ketidakcekapan sistem Identifikasi Frekuensi Radio (RFID) dan penyeragaman bayaran tol antara isu yang akan dibincangkan di Dewan Rakyat hari ini.

Menurut Aturan Urusan Mesyuarat, Riduan Rubin (Bebas-Tenom) meminta Menteri Komunikasi menyatakan sama ada kementerian bercadang menggubal undang-undang yang komprehensif, inklusif dan sesuai dengan peredaran zaman berkenaan penyebaran maklumat palsu kerana ia berisiko menimbulkan kegentaran dan mengganggu ketenteraman awam, pada sesi soal jawab.

Selain itu, Muhammad Fawwaz Mohamad Jan (PN-Permatang Pauh) mahu Menteri Kerja Raya menyatakan usaha bagi menyelesaikan ketidakcekapan sistem RFID di lebuh raya sehingga menyusahkan pengguna.

Beliau turut bertanyakan sama ada kerajaan bercadang untuk menyeragamkan sistem bayaran tol di seluruh negara.

Turut tersenarai, soalan Mordi Bimol (PH-Mas Gading) yang meminta Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan menyatakan statistik permohonan serta kelulusan projek dan jumlah yang telah dibelanjakan bagi program Rumah Ibadat Bukan Islam (RIBI) mengikut pecahan negeri untuk tahun 2023 dan 2024.

Usai sesi itu, persidangan diteruskan dengan sesi perbahasan dan penggulungan Rang Undang-Undang Perbekalan (Belanjawan) 2025 peringkat jawatankuasa oleh kementerian terlibat.

Persidangan Dewan Rakyat kali ini berlangsung 35 hari bermula 14 Okt hingga 12 Dis.- BERNAMA

Related Articles

Golongan muda diingatkan waspada ancaman penipuan siber guna AI
Nasional

Golongan muda diingatkan waspada ancaman penipuan siber guna AI

Panel Pencegahan Penipuan Digital, Ts Lukas J. Tan KUALA LUMPUR, 27 April-...

Elak babi melintas jalan, seorang pelajar maut dirempuh kereta
Nasional

Elak babi melintas jalan, seorang pelajar maut dirempuh kereta

FOTO IPD SERI ALAMJOHOR BAHRU, 27 April- Seorang pelajar lelaki maut, manakala...

Agong zahir ucapan selamat menyambut Hari TLDM ke-91
Nasional

Agong zahir ucapan selamat menyambut Hari TLDM ke-91

FOTO FB Sultan Ibrahim Sultan IskandarKUALA LUMPUR, 27 April- Yang di-Pertuan Agong,...

Tuanku Syed Sirajuddin titah warga ATM buang sikap ego, tingkat profesionalisme
Nasional

Tuanku Syed Sirajuddin titah warga ATM buang sikap ego, tingkat profesionalisme

Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail berkenan bergambar bersama anggota Kawalan Kehormatan...