Home Nasional UMT universiti pertama wujudkan galeri penyelidikan AR
Nasional

UMT universiti pertama wujudkan galeri penyelidikan AR

UMT universiti pertama wujudkan galeri penyelidikan AR

Profesor Dr Mohd Zamri Ibrahim

KUALA NERUS, 2 September- Universiti Malaysia Terengganu (UMT) menjadi universiti pertama yang mewujudkan galeri penyelidikan berasaskan augmented reality (AR) atau realiti terimbuh.

Galeri berkenaan menghimpunkan 10 artifak kapal karam dasar laut di Pulau Bidong.

Naib Canselor UMT Profesor Dr Mohd Zamri Ibrahim berkata, bagi merealisasikan penubuhannya, kerjasama dijalinkan bersama-samapelbagai agensi termasuk Digital Geoscience Global (DGeG) dan Perbadanan Kemajuan Teknologi Malaysia (MTDC).

Menerusinya menggunakan teknik pengimbasan tiga dimensi (3D) dan AR terkini membolehkan pengunjung menonton artifak yang ditemukan di sekitar Kapal Karam Bidong, Bidong Shipwreck secara interaktif.

\”…membolehkan ramai orang boleh mengakses artifak-artifak yang ditemui kerana sekiranya ia dilakukan secara fizikal kemungkinan ianya akan terhad.

\”Dengan teknologi yang kita ada pada hari ini alhamdulillah kerjasama rakan-rakan kita dapat menghasilkan AR untuk rujukan,\” katanya kepada pemberita di sini.

Terdahulu beliau menghadiri Majlis Perasmian Pameran 3D & AR khazanah kapal karam dasar laut Pulau Bidong dan majlis perasmian disempurnakan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MTDC, Ts Mohammad Hazani Hassan di UMT, di sini.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....