Home Nasional UMNO tarik balik penggantungan Tajuddin serta-merta
Nasional

UMNO tarik balik penggantungan Tajuddin serta-merta

UMNO tarik balik penggantungan Tajuddin serta-merta

Foto hiasan

KUALA LUMPUR, 25 November- UMNO menarik balik penggantungan keahlian Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman berkuat kuasa serta-merta.

Setiausaha Agung UMNO Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki dalam satu kenyataan memaklumkan, ia selaras dengan Fasal 10.6 dan Fasal 5.3 Perlembagaan UMNO.

\”MT sebulat suara melepaskan dan menarik semula penggantungan keahlian Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman sebagai ahli UMNO berkuat kuasa serta-merta,\” katanya.

Perkara itu diputuskan sebulat suara dalam Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO malam tadi, yang dipengerusikan Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Sebelum ini keahlian Tajuddin digantung selama enam tahun bermula September 2022 kerana mengkritik parti.

Beliau juga dilaporkan telah mengemukakan rayuan sebanyak empat kali, namun masih belum mendapat sebarang maklum balas daripada parti.

Asyraf turut memaklumkan mengenai pelantikan Pengerusi Veteran UMNO Malaysia Datuk Othman Desa sebagai ahli MT UMNO.

\”Majlis Tertinggi mengucapkan tahniah atas pelantikan Pengerusi Veteran UMNO Malaysia Datuk Othman Desa sebagai ahli MT,\” katanya.

Dalam perkembangan lain, UMNO akan membuka Sekolah Politik untuk semua rakyat Malaysia bermula awal tahun depan.

Pembukaan sekolah tersebut akan memberi fokus kepada ilmu asas kenegaraan, Perlembagaan Persekutuan, dinamika politik demokrasi, politik khidmat dan bakti kepada rakyat.

Mesyuarat berkenaan turut dihadiri Naib Presiden, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dan Datuk Seri Johari Abdul Ghani.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....