Home Nasional "UMNO lebih hargai kesetiaan ahli"- Ahmad Zahid
Nasional

"UMNO lebih hargai kesetiaan ahli"- Ahmad Zahid

"UMNO lebih hargai kesetiaan ahli"- Ahmad Zahid

Foto FB Zahid Hamidi

BEDONG, 14 Disember- UMNO lebih mengutamakan kesetiaan individu kepada parti berbanding kepandaian tanpa semangat cintakan parti.

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, berkata golongan itu perlu mengenang kembali sokongan ahli akar umbi Barisan Nasional (BN), khususnya UMNO, yang tetap setia walaupun ketika menghadapi kesukaran.

\”UMNO lebih menghargai mereka yang taat setia berbanding mereka yang hanya pandai tetapi tiada kesetiaan. Saya tidak merujuk kepada mana-mana individu, sama ada yang masih hidup atau telah meninggal dunia.

\”Namun, ingatlah, ketika kita berada dalam kesusahan, ahli akar umbi inilah yang membantu UMNO dan BN,\” katanya semasa berucap pada perasmian Konvensyen BN Kedah di Universiti AIMST di sini.

Dalam ucapan sama, beliau optimis bahawa BN dan Pakatan Harapan (PH) mampu merampas kembali Kedah daripada Perikatan Nasional (PN) berdasarkan kekuatan yang ditunjukkan ketika ini.

Beliau turut menegaskan bahawa pemimpin pemuda, puteri, dan wanita harus diberi peluang untuk menjadi calon dalam Pilihan Raya Umum ke-16.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....