Home Nasional UMNO kutuk sekeras-kerasnya pembunuhan Ismail Haniyeh
Nasional

UMNO kutuk sekeras-kerasnya pembunuhan Ismail Haniyeh

UMNO kutuk sekeras-kerasnya pembunuhan Ismail Haniyeh

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki

KUALA LUMPUR, 1 Ogos– Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO mengutuk sekeras-kerasnya pembunuhan secara kejam bekas Perdana Menteri dan pejuang kebebasan Palestin, Ismail Haniyeh di Tehran.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, pembunuhan tersebut membuktikan kebaculan dan kegilaan zionis Israel yang berterusan melakukan genosid ke atas rakyat Palestin.

Beliau berkata UMNO bertekad untuk terus mendokong perjuangan pembebasan Palestin.

\”Kami sentiasa bersama dengan saudara kami di kalangan Hamas, Fattah dan seluruh rakyat Palestin yang sekian lama ditindas serta dirampas hak mereka oleh zionis Israel.

“UMNO melalui wakil parti dalam Kerajaan Perpaduan Malaysia akan terus memperjuangkan hak dan menuntut keadilan di pentas antarabangsa agar kekejaman serta sifat kebinatangan Israel dihukum sekeras-kerasnya oleh masyarakat dunia termasuklah negara-negara yang ikhlas cintakan keamanan dan keadilan,” katanya menerusi kenyataan.

Dalam pada itu, UMNO akan memulakan tindakan undang-undang terhadap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rembia, Datuk Muhamad Jailani Khamis bagi menuntut ganti rugi dan pampasan sebanyak RM100 juta.

Asyraf Wajdi berkata tindakan itu diambil sebagaimana perjanjian yang dimeterai oleh wakil rakyat yang telah meninggalkan dan membelakangi parti.

Perkara tersebut diputuskan dalam Mesyuarat MKT UMNO malam tadi.

Mesyuarat juga memutuskan untuk seluruh Ahli MKT UMNO berkampung dan menyelaras gerak kerja jentera parti dan Barisan Nasional di setiap Pusat Daerah Mengundi N43 Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri dalam pilihan raya kecil yang akan bermula dengan Penamaan Calon pada 3 Ogos 2024.

Related Articles

JPN Kelantan galak sekolah YIK pakai lencana Jalur Gemilang
Nasional

JPN Kelantan galak sekolah YIK pakai lencana Jalur Gemilang

FOTO RTMKOTA BHARU, 21 April- Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kelantan menggalakkan sekolah-sekolah...

Cintakan negara bermula dari rumah- KPWKM
Nasional

Cintakan negara bermula dari rumah- KPWKM

Datuk Seri Nancy (TENGAH) pada Majlis Pemakaian Lencana Jalur Gemilang Pada Pakaian...

Bakal jemaah haji perlu bersyukur, peluang jadi tetamu Allah
Nasional

Bakal jemaah haji perlu bersyukur, peluang jadi tetamu Allah

Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bergambar kenangan bersama peserta ursus Perdana Haji...

2 cedera, rumah pekerja dijilat api
Nasional

2 cedera, rumah pekerja dijilat api

FOTO JBPM SARAWAKBINTULU, 21 April- Dua individu, seorang wanita berusia 59 tahun...