Tuesday , 19 November 2024
Home Nasional UMNO harus kuasai AI depani dinamik politik
Nasional

UMNO harus kuasai AI depani dinamik politik

UMNO harus kuasai AI depani dinamik politik

Dr Ahmad Zahid Hamidi

KUALA LUMPUR, 24 Ogos- UMNO harus peka dengan perkembangan teknologi terutama kecerdasan buatan (AI) serta menerima ia sebagai hakikat baharu dalam politik negara.

Sehubungan itu, Presidennya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mahu UMNO bersedia dalam usaha melakukan anjakan itu bagi mendepani dinamik politik masa kini.

\”Senario dan realiti politik telah berubah, dalam usaha melakukan anjakan, kita juga mesti sentiasa bersedia menghadapi perkembangan teknologi, dengan teknologi baharu harus didakap dan digunakan terutama teknologi AI,\” katanya

Beliau berkata demikian dalam ucapan penangguhan Perhimpunan Agung UMNO 2024 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) hari ini.

Dalam pada itu, beliau yang juga Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah turut meluluskan pelaksanaan program Pemerkasaan Usahawan Wanita Majlis Amanah Rakyat (MARA) yang akan diadakan di semua 191 bahagian UMNO seluruh negara.

\”Sebagai menteri yang menjaga MARA, saya meluluskan,\” katanya sebagai respons terhadap cadangan daripada perwakilan Wanita (UMNO) yang memohon bantuan untuk usahawan wanita mengembangkan perniagaan.

Beliauturut mengumumkanAhli Parlimen Cameron Highland, Datuk Ramli Mohd. Nor secara rasmi dilantik sebagai salah seorang Ahli Majlis Tertinggi UMNO (MKT) berkuat kuasa serta merta.

\”Bagi menghargai sumbangan masyarakat Orang Asli, Datuk Ramli Mohd Nor dijemput untuk hadir ke mesyuarat MKT. Sejarah baru UMNO mengangkat kedudukan orang asli di dalam parti,\” katanya.

Related Articles

Lawatan sulung PM ke Brazil jana potensi eksport RM6.8 bilion
Nasional

Lawatan sulung PM ke Brazil jana potensi eksport RM6.8 bilion

Anwar Ibrahim bersama Presiden Brazil, Lula da Silva pada Sidang Kemuncak G20...

Malaysia cadang reformasi Majlis Keselamatan PBB
Nasional

Malaysia cadang reformasi Majlis Keselamatan PBB

FOTO FACEBOOK Anwar IbrahimRIO DE JANEIRO, 19 November- Malaysia mengusulkan reformasi menyeluruh...

Nasional

Malaysia seru tindakan global untuk tangani kelaparan & kemiskinan

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim/ BERNAMARIO DE JANEIRO,18 November– Malaysia menyeru...

Pelajar Tingkatan Dua maut terjatuh bangunan sekolah
Nasional

Pelajar Tingkatan Dua maut terjatuh bangunan sekolah

PDRMGEORGE TOWN, 19 November- Seorang pelajar perempuan Tingkatan Dua maut selepas dipercayai...