Home Nasional Umat Islam perlu dalami ilmu agama daripada sumber sahih
Nasional

Umat Islam perlu dalami ilmu agama daripada sumber sahih

Umat Islam perlu dalami ilmu agama daripada sumber sahih

Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri\’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah

KUANTAN, 20 Ogos – Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri\’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah mengingatkan umat islam khususnya di negeri itu agar sentiasa mendalami ilmu agama yang sahih, selari dengan pegangan aqidah ahli sunnah wal jamaah.

Ini bagi memastikan segala usaha penularan ajaran sesat yang cuba dihidupkan kembali segelintir individu yang taksub dapat dibendung dengan ilmu.

Titah baginda, orang ramai seharusnya merujuk kepada sumber sahih mengenai sesuatu ajaran dan amalan bagi memastikan ia tidak menyimpang serta terhasut daripada ajaran Islam yang sebenar.

\”Sekiranya terdapat keraguan atau kekeliruan terhadap mana-mana ajaran atau amalan, jangan segan dan ragu untuk merujuk kepada pihak berkuasa agama seperti pejabat mufti, Jabatan Agama Islam Pahang Darul (JAIP) dan Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP), bukannya kepada ustaz, ustazah Facebook atau Tiktok. Kita perlu untuk merujuk kepada sumber yang tepat,\” titah baginda.

Baginda bertitah demikian pada Majlis Perasmian Masjid Baharu Al-Falah, Perkampungan Sungai Isap 2, Kuantan Dan Doa Selamat Bersempena Istiadat Perkahwinan Diraja Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Afzan Aminah Hafidzatullah Binti Al-Sultan Abdullah Ri\’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Dalam majlis itu, bacaan Yasin, doa selamat dan solat hajat telah dipimpin oleh Mufti Pahang Profesor Datuk Dr Asmadi Mohd Naim.

Baginda turut bertitah institusi masjid di Pahang perlu menjadi pusat ilmu dan kesedaran yang holistik disamping berperanan sebagai agensi pembangunan akhlak dan moral serta pusat sokongan sosial.

Ini bagi memastikan isu-isu jenayah seperti kes pembunuhan tragik, jenayah seksual, isu dadah, buli siber, penyalahgunaan kuasa dan rasuah mutakhir ini mampu dibantu dengan usaha proaktif pihak masjid.

Related Articles

Sultan Kedah lancar projek tanam 2 juta pokok
Nasional

Sultan Kedah lancar projek tanam 2 juta pokok

Sultan Kedah, Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah berkenan...

Dua bersaudara ditemukan lemas, mandi di Pantai Bayu Impian
Nasional

Dua bersaudara ditemukan lemas, mandi di Pantai Bayu Impian

Foto Bomba Johor KOTA TINGGI, 22 Januari- Dua individu ditemukanlemas termasuk seorang...

Dialog, kolaborasi pragmatik kekal hubungan antarabangsa
Nasional

Dialog, kolaborasi pragmatik kekal hubungan antarabangsa

Datuk Seri Anwar Ibrahim/ BERNAMA DAVOS, 22 Januari- Dialog serta kolaborasi pragmatik,...

Malaysia teroka peluang perdagangan, tambah baik beberapa FTA
Nasional

Malaysia teroka peluang perdagangan, tambah baik beberapa FTA

Datuk Seri Anwar Ibrahim DAVOS, 22 Januari- Malaysia sedang meneroka peluang dengan...