Home Nasional UM didik masyarakat lupus ubat cara selamat
Nasional

UM didik masyarakat lupus ubat cara selamat

UM didik masyarakat lupus ubat cara selamat

Program“How to Safely Dispose of Your Expired or Unused Medicines?” diterajui Klinik Universiti Malaya menyediakan tong khas untuk lebihan ubat-ubatan atau yang telah tamat tempoh.

KUALA LUMPUR, 9 Ogos– Ubat yang telah tamat tempoh atau tidak digunakan lagi boleh membawa risiko yang besar jika tidak dilupuskan dengan cara yang betul.

Pengarah Klinik Universiti Malaya, Dr. Zuraidah Mohamed berkata ubat yang telah tamat tempoh mungkin telah kehilangan keberkesanannya dan boleh mengundang bahaya sekiranya digunakan.

“Sebagai contoh, penggunaan ubat antibiotik yang sudah tamat tempoh boleh menyebabkan kegagalan rawatan dan seterusnya meningkatkan risiko perkembangan bakteria tahan antibiotik,” katanya.

Malah, beliau berkata sekiranya penyimpanan ubat ini tidak cermat, ia akan mengundang risiko keracunan.

“Berdasarkan statistik dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM),dilaporkan terdapat 1,000 kes keracunan setiap tahun yang melibatkan kanak-kanak di bawah umur lima tahun akibat pengambilan ubat secara tidak sengaja. Ini terjadi apabila ubat tidak disimpan di tempat yang selamat,\” tambahnya.

Justeru Universiti Malaya mengambil inisiatif dengan melaksanakan Program“How to Safely Dispose of Your Expired or Unused Medicines?” yang diterajui Klinik Universiti Malaya.

Program ini memberikan pendidikan dan kesedaran kepada seluruh warga kampus dan juga komuniti setempat untuk menguruskan ubat-ubatan dengan lebih sistematik, sekali gus memberi impak positif kepada alam sekitar .

Lebihan ubat-ubatan atau yang telah tamat tempoh boleh dibawa ke Klinik Universiti Malaya dan seterusnya diletakkan di tong khas yang disediakan.

Antara jenis ubatan yang diterima ialah kapsul, cecair, krim, suntikan dan ubat titis.

Pensyarah Fakulti Farmasi dan juga ketua penyelidik Safe D.U.M.P, Dr. Lee Hong Gee berkata ubat-ubatan yang tidak dilupuskan dengan baik boleh meresap ke dalam tanah dan sumber air, seterusnya akan menyebabkan pencemaran dan membahayakan kehidupan akuatik serta ekosistem sekitar.

\”Jabatan Alam Sekitar (JAS) telah menjalankan kajian ke atas beberapa sungai di Malaysia seperti di Sungai Klang, Sungai Penchala dan Sungai Langat, dan telah menemui kehadiran ubat-ubatan seperti paracetamol, ibuprofen dan diclofenac dalam sampel air sungai.

\”Maka adalah amat penting bagi pesakit untuk menghabiskan ubat yang dipreskripsi oleh doktor serta menguruskan penyimpanan ubat dengan baik bagi mengelakkan menjadi punca pencemaran ini,” katanya.

Related Articles

ATM pamer 264 aset sempena Hari Angkatan Tentera Malaysia
Nasional

ATM pamer 264 aset sempena Hari Angkatan Tentera Malaysia

Foto RTMPORT DICKSON, 5 Oktober-Seramai 134 Pegawai dan 1395 lain-lain pangkat terlibat...

Semua anggota Pasukan MALBATT 850-11  dalam keadaan selamat
Nasional

Semua anggota Pasukan MALBATT 850-11 dalam keadaan selamat

Panglima Angkatan Tentera (PAT), Jeneral Tan Sri Datuk Seri Mohammad Ab. Rahman/...

Insiden kekecohan warga Palestin di Wisma Transit masih dalam siasatan
Nasional

Insiden kekecohan warga Palestin di Wisma Transit masih dalam siasatan

Panglima Angkatan Tentera (PAT), Jeneral Tan Seri Datuk Seri Mohammad Ab. Rahman...

Selangor harap projek penting tersenarai dalam Belanjawan 2025
Nasional

Selangor harap projek penting tersenarai dalam Belanjawan 2025

Datuk Seri Amirudin ShariSHAH ALAM, 5 Oktober- Selangor berharap beberapa projek penting...