Home Nasional Ulama terus jadi rujukan utama tangani isu sensitiviti agama
Nasional

Ulama terus jadi rujukan utama tangani isu sensitiviti agama

Ulama terus jadi rujukan utama tangani isu sensitiviti agama

Timbalan Menteri Jabatan Perdana Menteri (JPM) (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan

SEREMBAN, 4 Januari – Para ulama terus dijadikan sebagai rujukan utama terhadap isu-isu berkaitan sensitiviti agama di negara ini.

Timbalan Menteri Jabatan Perdana Menteri (JPM) (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan menegaskan bahawa pihaknya amat prihatin terhadap perkara tersebut dan memastikan setiap tindakan diambil dengan teliti.

Jelas beliau, terdapat proses yang perlu dilibatkan termasuk pakar, agensi serta rujukan para ulama tanpa bertindak secara melulu.

\”Kita bergerak secara sistematik, tidak ada maksud politik. Apa yang kita lakukan adalah yang terbaik untuk mewujudkan keharmonian beragama dan menegakkan syariat Islam di Malaysia,\” kata Dr Zulkifli.
kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Apresiasi Tahun Enam Sekolah Sri Seremban, di sini.

Beliau mengulas kenyataan Ketua Penerangan Dewan Pemuda Pas, Khairul Nadzir Helmi Azhar yang menggesa pihak berautoriti agama termasuk Menteri Agama membuat penjelasan mengenai sambutan Krismas di premis yang diterajui Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming baru-baru ini.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....