Home Nasional Ulama Kedah, Tuan Guru Haji Awang Lanai meninggal dunia
Nasional

Ulama Kedah, Tuan Guru Haji Awang Lanai meninggal dunia

Ulama Kedah, Tuan Guru Haji Awang Lanai meninggal dunia

Foto: Pemuda PAS Malaysia

BALING, 10 Ogos – Ulama Kedah, Abdul Wahab Hassan atau lebih dikenali sebagai Tuan Guru Haji Awang Lanai meninggal dunia pada usia 86 tahun di rumahnya di Parit Panjang dekat sini, kira-kira 3 petang tadi.

Hal itu dimaklumkan Ketua Dewan Ulama Pas Pusat, Datuk Ahmad Yahya menerusi hantaran di Facebook.

\”Telah kembali ke rahmatullah Tuan Guru Haji Awang Lanai sebentar tadi…semoga ditempatkan bersama orang yang beriman dan beramal soleh…Al-Fatihah,\” katanya.

Allahyarham dilahirkan di Kampung Tupai, Sik, dan merupakan cahaya mata kepada pasangan Haji Hassan Saman dan Hajah Siti Halimah Mat Thoha.

Allahyarham mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Melayu Kampong Tupai sebelum menuntut ilmu agama di sekolah-sekolah pondok.

Beliau telah membuka sekolah pondok Madrasah Tahzib an-Nufus pada 1988.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....