Home Nasional U Mobile dilantik sebagai pengendali rangkaian 5G kedua negara
Nasional

U Mobile dilantik sebagai pengendali rangkaian 5G kedua negara

U Mobile dilantik sebagai pengendali rangkaian 5G kedua negara

Foto BERNAMA

CYBERJAYA, 1 November-Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) hari ini mengumumkan bahawa U Mobile Sdn Bhd telah dipilih untuk melaksanakan Rangkaian 5G Kedua di Malaysia dalam usaha memaksimumkan potensi teknologi 5G untuk manfaat rakyat, industri, dan negara.

Menerusi satu kenyataan, MCMC berkata proses pemilihan tersebut melibatkan perbincangan menyeluruh dari aspek teknikal dan komersial untuk memastikan pelaksanaan Rangkaian 5G Kedua dapat berjalan lancar dan memberikan impak positif kepada semua pihak.

\”Walau bagaimanapun, pihak U Mobile Sdn Bhd, tertakluk kepada kelulusan MCMC, adalah dibenarkan untuk bekerjasama dengan MNO lain bagi memanfaatkan kekuatan masing-masing dalam pelaksanaan Rangkaian 5G Kedua Malaysia.

\”MCMC akan terus memantau kemajuan projek ini bagi memastikan pematuhan sepenuhnya terhadap semua keperluan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588)\”, jelas MCMC menerusi kenyataan berkenaan.

Jun lepas, U Mobile dilaporkan bersedia untuk melengkapkan proses perjanjian langganan saham (SSA) dengan Digital Nasional Bhd (DNB) bagi membolehkan peralihan kepada model dwi rangkaian 5G negara.

Tambah syarikat telekomunikasi berkenaan, ia berada dalam kedudukan baik untuk melancarkan rangkaian 5G kedua sekiranya perlu, untuk membantu kerajaan merealisasikan hasrat memiliki dua rangkaian 5G bagi memacu persaingan dan memastikan kemampanan ekosistem telekomunikasi di Malaysia.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....