Home Nasional Tunku Mahkota Ismail dan PM Qatar bincang peluang kerjasama ekonomi, sosial
Nasional

Tunku Mahkota Ismail dan PM Qatar bincang peluang kerjasama ekonomi, sosial

Tunku Mahkota Ismail dan PM Qatar bincang peluang kerjasama ekonomi, sosial

Foto RTM

QATAR, 9 Januari – Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail mengadakan pertemuan bersama-sama Perdana Menteri Qatar Sheikh Mohammed Abdulrahman Jassim Al Thani sempena lawatan rasmi kerajaan Johor ke negara berkenaan.

Antara perkara dibincangkan adalah berkaitan peluang kerjasama ekonomi dan sosial antara Johor dan Qatar.

Menteri Besar Datuk Onn Hafiz Ghazi yang turut bersama-sama dalam delegasi berkenaan memaklumkan, pertemuan itu merupakan sebahagian usaha Tunku Mahkota Ismail merintis jalan baharu meningkatkan kedudukan ekonomi negeri Johor.

Jelasnya, pertemuan kedua- dua negara itu juga penting bagi pertumbuhan ekonomi seterusnya mewujudkan peluang pekerjaan dan kesejahteraan sosial rakyat.

Sebelum itu, delegasi Johor iuga berpeluang mengadakan pertemuan bersama-sama Pengerusi Pelancongan Qatar, Saad Ali Al Kharji bagi meneroka kerjasama strategik dalam pembangunan produk pelancongan.

Menerusi pertemuan itu Johor menjadikan Qatar Tourism sebagai contohdalam soal mencipta produk pelancongan bertaraf antarabangsa.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....