Wednesday , 30 April 2025
Home Nasional Tunggakan gaji: Fahmi akan bertemu pengurusan tiga portal berita
Nasional

Tunggakan gaji: Fahmi akan bertemu pengurusan tiga portal berita

Tunggakan gaji: Fahmi akan bertemu pengurusan tiga portal berita

Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil/ BERNAMA

KUALA LUMPUR, 27 November– Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil akan mengadakan pertemuan dengan pihak pengurusan tiga portal berita susulan isu tunggakan gaji petugas media, esok.

Beliau yang melahirkan rasa terkilan berhubung isu itu berkata akan memantau perkara itu bersama Menteri Sumber Manusia Steven Sim Chee Keong, bagi memastikan kebajikan dan hak pekerja termasuk wartawan terbela.

“Saya bagi peluang terakhir, saya tunggu sampai esok saya nak dengar apa kata Ketua Editor (portal terlibat) tersebut dan saya akan susuli,” katanya ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan (Belanjawan) 2025 peringkat jawatankuasa bagi Kementerian Komunikasi, di Dewan Rakyat hari ini.

Pada 2 Okt, Kesatuan Kebangsaan Wartawan Malaysia (NUJ) dalam kenyataan memaklumkan bersedia memainkan peranan sebagai perantara dalam isu tunggakan gaji petugas media di portal berita The Malaysian Insight, The Vibes dan Getaran.

Presidennya Farah Marshita Abdul Patah berkata ia bagi memastikan hak wartawan yang terlibat dipertahankan dan segala tunggakan gaji dilunaskan dengan segera.

Fahmi berkata mana-mana pengamal media yang mengalami kesukaran boleh mendapatkan bantuan menerusi Tabung Kasih@HAWANA.

“Tabung Kasih@HAWANA bukan hanya pada Hari Wartawan Nasional tetapi ia boleh digunakan pada bila-bila masa untuk membantu wartawan yang menghadapi sebarang kesukaran,” katanya.

Mengenai isu kelewatan pembayaran kepada perkhidmatan tenaga kreatif (piecemeal) RTM yang tular baru-baru ini, Fahmi berkata perkara itu isu terpencil dan telah diselesaikan secara dalaman.

Beliau bagaimanapun berkata Kementerian Komunikasi dan RTM akan memastikan nasib kakitangan sambilan atau piecemeal sentiasa terbela.

Persidangan Dewan Rakyat bersambung esok.- BERNAMA

Related Articles

Golongan muda diingatkan waspada ancaman penipuan siber guna AI
Nasional

Golongan muda diingatkan waspada ancaman penipuan siber guna AI

Panel Pencegahan Penipuan Digital, Ts Lukas J. Tan KUALA LUMPUR, 27 April-...

Elak babi melintas jalan, seorang pelajar maut dirempuh kereta
Nasional

Elak babi melintas jalan, seorang pelajar maut dirempuh kereta

FOTO IPD SERI ALAMJOHOR BAHRU, 27 April- Seorang pelajar lelaki maut, manakala...

Agong zahir ucapan selamat menyambut Hari TLDM ke-91
Nasional

Agong zahir ucapan selamat menyambut Hari TLDM ke-91

FOTO FB Sultan Ibrahim Sultan IskandarKUALA LUMPUR, 27 April- Yang di-Pertuan Agong,...

Tuanku Syed Sirajuddin titah warga ATM buang sikap ego, tingkat profesionalisme
Nasional

Tuanku Syed Sirajuddin titah warga ATM buang sikap ego, tingkat profesionalisme

Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail berkenan bergambar bersama anggota Kawalan Kehormatan...