Wednesday , 12 February 2025
Home Nasional Tun M sokong usaha kerajaan rawat rakyat Palestin
Nasional

Tun M sokong usaha kerajaan rawat rakyat Palestin

Tun M sokong usaha kerajaan rawat rakyat Palestin

Tangkap layar Facebook Live Yayasan Permata Ummah

PUTRAJAYA, 24 Ogos- Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyokong tindakan kerajaan membawa rakyat Palestin yang cedera untuk dirawat di negara ini.

Beliau berkata rakyat Palestin adalah saudara seislam dan wajar dibantu ketika mereka dalam kesusahan.

\”Dia (rakyat Palestin) orang Islam, kita orang Islam adalah saudara. Jadi bila mereka menghadapi masalah, kita perlu tolong setakat yang kita mampu,\” katanya ketika ditemui pada program Bicara Merdeka – Masa Depan Islam dan Melayu di sini, hari ini anjuran Yayasan Permata Ummah.

Ditanya sama ada kerajaan perlu membawa lebih ramai lagi rakyat Palestin untuk dirawat di negara ini, Dr Mahathir berkata kerajaan boleh membantu, tetapi mengikut kemampuan.

\”Kita pun tak mampu banyak (bawa lebih ramai). Kita bolehlah bawa yang teruk (cedera parah) ke sini yang boleh kita ubati,\” katanya.

Pada 16 Ogos lepas 41 rakyat Palestin yang cedera akibat serangan Israel di Gaza, dengan diiringi 86 waris mereka, tiba di Pangkalan Tentera Udara Subang dengan menaiki dua pesawat A-400M milik Tentera Udara Diraja Malaysia, untuk menerima rawatan.

Sebelum ini Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan berkata rakyat Palestin yang sedang dirawat di Malaysia hanya akan dihantar pulang ke negara mereka apabila keadaan bertambah baik atau sekurang-kurangnya gencatan senjata kekal dipersetujui semua pihak. -BERNAMA

BERITA BERKAITAN

  • Rakyat Palestin pulang jika gencatan senjata kekal
  • Menteri Agama serah sumbangan kepada rakyat Palestin
  • \’Itu pun dicerca, sikap apa ini?\’ – PM kesal kecaman bawa rakyat Palestin

Related Articles

Usul penyeragaman agensi kerajaan dibentang dalam mesyuarat Kabinet
Nasional

Usul penyeragaman agensi kerajaan dibentang dalam mesyuarat Kabinet

Usul bagi menyeragamkan beberapa agensi kerajaan dalam menangani isu pertindihan fungsi akan...

Sambutan Chap Goh Mei di Kangar sederhana tapi meriah
Nasional

Sambutan Chap Goh Mei di Kangar sederhana tapi meriah

FOTO PEJABAT DUN INDERA KAYANGANKANGAR, 12 Februari- Lebih 1,000 masyarakat Cina di...

Maritim Malaysia terima kapal induk baharu buatan Turkiye
Nasional

Maritim Malaysia terima kapal induk baharu buatan Turkiye

Foto Maritim MalaysiaPUTRAJAYA, 12 Februari – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia)...

Anwar mahu pelaksanaan iPayment dipercepat, diperluas ke peringkat negeri
Nasional

Anwar mahu pelaksanaan iPayment dipercepat, diperluas ke peringkat negeri

Anwar Ibrahim / Foto RTMPUTRAJAYA, 12 Februari- Semua kementerian dan agensi kerajaan...