Thursday , 6 February 2025
Home Nasional Tumpu sektor bernilai tinggi untuk jadi Harimau Asia – Rafizi
Nasional

Tumpu sektor bernilai tinggi untuk jadi Harimau Asia – Rafizi

Tumpu sektor bernilai tinggi untuk jadi Harimau Asia – Rafizi

Rafizi Ramli

PUTRAJAYA, 29 Julai- Malaysia perlu memberi fokus terhadap sektor bernilai tinggi seperti penciptaan dan reka bentuk cip jika ingin mengembalikan status sebagai Harimau Asia.

Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berkata, ia juga mampu dicapai sekiranya ekonomi negara mencatat empat hingga lima peratus setiap tahun dan ringgit mengukuh sekitar RM4.20 berbanding dolar Amerika.

\”Jadi ini adalah perkara-perkara piawai yang lebih mudah..jadi kalau soal harimau ini dia tiada piawai, tetapi pelabur ini melihat kepada potensi masa depan.

\”Jadi Malaysia berpotensi untuk tumbuh dengan baik, kemudian berada dalam sektor masa depan sudah tentu kita dilihat sebagai negara yang berpotensi untuk jadi harimaulah,\” katanya selepas majlis pelancaran Penemuan Banci Ekonomi 2024 oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), di sini.

Sebelum ini, Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan dilaporkan berkata Malaysia sedang mencatat kemajuan ketara untuk mendapatkan semula status Harimau Asia.

Pada majlis tersebut, Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin dalam ucapannya berkata, Indeks Harga Pengeluar (IHPR) meningkat 1.6 peratus pada Jun 2024 berbanding 1.4 peratus pada bulan sebelumnya .

Katanya, semua sektor dalam IHPR pengeluaran tempatan mencatatkan peningkatan sejak Mac 2024.

Related Articles

Banjir: Sarawak rekod 5,845 penduduk terjejas, Sabah 175 orang
Nasional

Banjir: Sarawak rekod 5,845 penduduk terjejas, Sabah 175 orang

Foto APM SarawakKUALA LUMPUR, 5 Februari– Jumlah penduduk terjejas banjir di dua...

Rumah dihempap tanah runtuh di Tatau, empat keluarga selamat
Nasional

Rumah dihempap tanah runtuh di Tatau, empat keluarga selamat

Foto Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) TatauTATAU, 5 Februari – Empat keluarga...

Amaran hujan berterusan di Sarawak dan Sabah
Nasional

Amaran hujan berterusan di Sarawak dan Sabah

Foto HiasanKUALA LUMPUR, 5 Februari – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan...

Remaja perempuan maut digilis bas di Kuala Terengganu
Nasional

Remaja perempuan maut digilis bas di Kuala Terengganu

FOTO FAIL KUALA TERENGGANU, 5 Februari – Seorang remaja perempuan maut selepas...