Home Nasional Tukang kebun warga Thailand maut kemalangan jalan raya
Nasional

Tukang kebun warga Thailand maut kemalangan jalan raya

Tukang kebun warga Thailand maut kemalangan jalan raya

Foto Polis Daerah Kuala Muda

SUNGAI PETANI, 25 Ogos- Seorang tukang kebun warga Thailand maut selepas motosikal yang ditunggang terbabas sebelum dirempuh sebuah motosikal lain.

Kemalangan berlaku di kilometer 87.4, Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah Selatan kira-kira pukul 10.45 malam tadi.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda Asisten Komisioner (ACP) Wan Azharuddin Wan Ismail berkata, mangsa, Mr. Phanchakan Kasiwat, 19 tahun menunggang bersendirian dalam perjalanan dari arah Gurun menghala ke Sungai Petani.

Manakala sebuah lagi motosikal ditunggang pekerja kilang, Muhammad Afiq Hariz Yazid, 20 tahun, juga dari arah sama.

Ketika tiba di tempat kejadian, mangsa yang beralamat di Pengkalan Hulu, Perak tidak dapat mengawal motosikal lalu terbabas di tengah jalan.

Muhammad Afiq yang mengekori dari belakang tidak sempat mengelak lalu merempuh mangsa yang berada ditengah jalan.

\”Akibat dari kemalangan itu, mangsa mengalami kecederaan pada bahagian kepala dan disahkan meninggal dunia ditempat kejadian. Mangsa dibawa ke unit forensik Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) untuk proses bedah siasat.

\”Manakala penunggang sebuah lagi motosikal mengalami kecederaan ringan dibahagian badan, kaki dan tangan,\” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Kes disiasat bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....