Home Nasional Tujuh cadangan dimuktamadkan JTDC, strategi tingkat tenaga kerja mahir
Nasional

Tujuh cadangan dimuktamadkan JTDC, strategi tingkat tenaga kerja mahir

Tujuh cadangan dimuktamadkan JTDC, strategi tingkat tenaga kerja mahir

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi / Foto Bernama

KUALA LUMPUR, 17 Julai – Tujuh cadangan dimuktamadkan Mesyuarat Majlis Pembangunan Bakat Johor (JTDC) berhubung strategi meningkatkan jumlah tenaga kerja mahir.

Ia sekali gus membantu menangani isu ketidaksepadanan permintaan pekerjaan dalam industri berkenaan di Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ).

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata cadangan itu antaranya memperhalusi gaji premium kepada graduan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) oleh syarikat-syarikat sedia ada dan akan melabur di zon berkenaan.

\”Kita ingin mencadangkan supaya gaji premium diberikan pada lepasan TVET yang akan bekerja dalam syarikat-syarikat itu. Gaji premium ini berdasarkan kepada SKM2 yang akan.

\”Ini tertakluk pada perbincangan yang akan dibuat oleh Menteri Besar Johor dengan pemain-pemain industri di negeri Johor, supaya kita dapat bersaing untuk menawarkan gaji minimum yang kalau tidak pun setara, tetapi menarik berbanding dengan tawaran yang dibuat oleh negara berdekatan\”, katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat JTDC di bangunan Parlimen.

Bagi merealisasikan usaha itu, Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Zambry Abd Kadir dilantik sebagai kordinator yang menyelaras 108 institusi TVET seluruh negara.

Mengulas lanjut, pameran kerjaya untuk tawaran pekerjaan dalam bidang tenaga mahir bakal dilaksana bertujuan mengisi kelompongan antara permintaan industri serta permohonan daripada graduan khususnya bidang TVET di Johor.

Related Articles

Cegah penyeludupan: KPDN perketat pemantauan perairan Sabah
Nasional

Cegah penyeludupan: KPDN perketat pemantauan perairan Sabah

Timbalan Menteri KPDN, Fuziah Salleh / Foto Hiasan / FailTAWAU, 23 Mac...

Sistem ramalan cekap penting kurangkan risiko bencana
Nasional

Sistem ramalan cekap penting kurangkan risiko bencana

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi / Foto HiasanKUALA...

Banjir Johor: Jumlah penduduk terjejas berkurang kepada 6,585 orang
Nasional

Banjir Johor: Jumlah penduduk terjejas berkurang kepada 6,585 orang

Foto APM KluangJOHOR BAHRU, 23 Mac – Jumlah penduduk terjejas banjir di...

PDRM umum pertukaran 39 pegawai kanan
Nasional

PDRM umum pertukaran 39 pegawai kanan

Foto hiasanKUALA LUMPUR, 23 Mac – Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini...