Home Nasional Tuanku Muhriz titah nasib kanak-kanak GISBH dibela
Nasional

Tuanku Muhriz titah nasib kanak-kanak GISBH dibela

Tuanku Muhriz titah nasib kanak-kanak GISBH dibela

Foto Fail/BERNAMA

SEREMBAN, 11 Oktober– Nasib kanak-kanak bawah Global Ikhwan Services and Business Holdings (GISBH) yang diselamatkan di Negeri Sembilan, dibela.

Titah itu disuarakan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir, pada Dewan Keadilan dan Undang Negeri Sembilan yang bersidang di Istana Seri Menanti.

Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata Tuanku Muhriz turut menitahkan cadangan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) negeri agar memberikan perhatian sewajarnya.

Perkara itu membabitkan kanak-kanak berusia empat hingga 15 tahun, yang tidak diambil oleh ibu bapa termasuk memberi pendidikan sempurna.

\”Cuma cadangan kepada JKM, supaya yang tidak diambil oleh ibu bapa ini, mereka diberi perhatian khusus supaya mendapat pendidikan perdana.\”

\”Ia penting supaya mereka dapat kembali kepada masyarakat. Di samping itu, mereka yang diambil oleh ibu bapa, juga Tuanku minta supaya sentiasa dipantau dari semasa ke semasa.\”

\”Ia termasuk anak anak ini mendapat pendidikan yang lebih sempurna,\” kata Datuk Seri Aminuddin menyampaikan titah Tuanku kepada pemberita.

Beliau ditemui pada Majlis Pecah Tanah Negeri Sembilan Semiconductor Valley (NSSV), di sini.

Tambahnya, tiada fatwa baharu ditetapkan berhubung ajaran dan kepercayaan GISBH di negeri tersebut, setakat ini

Sementara itu, pembangunan NSSV merupakan sebahagian kawasan Malaysia Vision Valley 2.0 (MVV 2.0).

Ia dirangka bagi pembangunan teknologi yang memberi fokus kepada industri semikonduktor di Negeri Sembilan.

Related Articles

Jumlah penerima i-Suri 2024 meningkat 77%
Nasional

Jumlah penerima i-Suri 2024 meningkat 77%

Menteri Kewangan II, Datuk Amir Hamzah AzizanKUALA LUMPUR, 13 Mac- Jumlah penerima...

MCMC, KKM bekerjasama tangani ketagihan media sosial
Nasional

MCMC, KKM bekerjasama tangani ketagihan media sosial

Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching / Foto BernamaKUALA LUMPUR, 13 Mac...

Cermin mata percuma untuk pelajar B40 Pulau Pinang
Nasional

Cermin mata percuma untuk pelajar B40 Pulau Pinang

FOTO RTMBATU MAUNG, 13 Mac- Pelajar sekolah daripada keluarga B40 di Pulau...

RUU Pekerja Gig dijangka dibentang Jun ini
Nasional

RUU Pekerja Gig dijangka dibentang Jun ini

Foto Hiasan / BernamaKUALA LUMPUR, 13 Mac – Kementerian Sumber Manusia (Kesuma)...