Thursday , 6 February 2025
Home Nasional Tren penumpang KTMB, perolehan aset guna kaedah pajakan
Nasional

Tren penumpang KTMB, perolehan aset guna kaedah pajakan

Tren penumpang KTMB, perolehan aset guna kaedah pajakan

Foto Fail

PUTRAJAYA, 14 Ogos– Kementerian Pengangkutan (MOT) akan mengguna pakai kaedah pajakan sebagai strategi baharu perolehan aset tren-tren penumpang untuk rangkaian Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB).

Menterinya, Anthony Loke Siew Fook berkata langkah itu akan dilaksana melalui mekanisme kerajaan dengan kerajaan, antara Malaysia dan China.

\”Kos sebenar akan dimuktamadkan setelah selesai rundingan dengan pihak kerajaan China dalam tempoh terdekat.\”

Setakat ini, hampir 90 peratus tren penumpang dalam rangkaian perkhidmatan KTMB adalah buatan syarikat China Railway And Rolling Stock Corporations (CRRC) iaitu sebuah syarikat milik kerajaan PRC,\” kata Anthony kepada pemberita dalam sidang media, hari ini.

Menerusi strategi baharu itu juga, kaedah perolehan secara pajakan dapat dilaksana dengan lebih cepat berbanding perolehan tren secara biasa.

Anthony Loke optimis kualiti pengangkutan awam dapat dipertingkat dengan fasa 1 bermula 2024 hingga 2027, dengan menyasarkan tambahan 62 set tren penumpang baharu.

Penambahan itu melibatkan anggaran kos sehingga RM10.7 bilion yang akan ditampung secara ansuran selama 30 tahun tempoh pajakan.

Pajakan tertakluk kepada kerajaan Malaysia akan memiliki pegangan saham majoriti di dalam CRRC Rolling Stock Center Batu Gajah atau entiti yang dipersetujui antara kedua-dua kerajaan.

Selain itu, syarikat pembekal perlu memenuhi syarat sekurang-kurangnya 40 peratus keperluan tempatan melibatkan pemindahan teknologi dan tenaga tempatan.

Related Articles

Banjir di Johor pulih sepenuhnya
Nasional

Banjir di Johor pulih sepenuhnya

FOTO FAIL KOTA TINGGI, 6 Februari – Tiga buah pusat pemindahan sementara...

UM kembalikan senyuman suku kaum Semai di Raub
Nasional

UM kembalikan senyuman suku kaum Semai di Raub

Foto UMKUALA LUMPUR, 6 Februari – Seramai 500 penduduk Orang Asli di...

Isu sewa helikopter RM16.6 bilion akan dijawab 20 Februari
Nasional

Isu sewa helikopter RM16.6 bilion akan dijawab 20 Februari

Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin KUALA LUMPUR, 6 Februari –...

Kepengerusian ASEAN, langkah tangani geopolitik antara fokus Dewan Rakyat hari ini
Nasional

Kepengerusian ASEAN, langkah tangani geopolitik antara fokus Dewan Rakyat hari ini

FOTO FAIL KUALA LUMPUR, 6 Februari – Objektif Kepengerusian ASEAN, langkah menangani...