Home Nasional Treler minyak sawit terbalik, brek gagal berfungsi
Nasional

Treler minyak sawit terbalik, brek gagal berfungsi

Treler minyak sawit terbalik, brek gagal berfungsi

Tangkap layar rakaman kamera papan pemuka/ TikTok Muhammad Afifiah

KUALA LUMPUR, 25 Disember- Sebuah treler membawa minyak sawit kemalangan kira-kira pukul 12.30 tengah malam tadi di kilometer 28 Lebuhraya Karak.

Ketua Polis Daerah Gombak Asisten Komisioner (ACP) Noor Ariffin Mohamad Nasir dalam satu kenyataan memaklumkan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak menerima laporan berhubung kemalangan itu pada pukul 8.42 pagi tadi.

\”Hasil siasatan awal mendapati mangsa merupakan seorang lelaki warga tempatan berumur lingkungan 41 tahun. Mangsa memandu treler seorang diri dari Kelantan ke Port Klang membawa muatan minyak sawit.

\”Apabila sampai di tempat kejadian, brek treler mengalami masalah dan gagal berfungsi menyebabkan ia hilang kawalan dan terbabas,\” menurut kenyataan itu.

Mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan dan kes disiasat bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Bagaimanapun orang ramai yang melihat atau mempunyai maklumat berkenaan kejadian itu diminta tampil untuk membantu siasatan.

Laporan boleh dimaklumkan kepada Pegawai Penyiasat Trafik, Inspektor Pavinar Krishnamurthy di talian 017-4424699 atau bilik gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak di talian 03-61262222.

Related Articles

Golongan muda diingatkan waspada ancaman penipuan siber guna AI
Nasional

Golongan muda diingatkan waspada ancaman penipuan siber guna AI

Panel Pencegahan Penipuan Digital, Ts Lukas J. Tan KUALA LUMPUR, 27 April-...

Elak babi melintas jalan, seorang pelajar maut dirempuh kereta
Nasional

Elak babi melintas jalan, seorang pelajar maut dirempuh kereta

FOTO IPD SERI ALAMJOHOR BAHRU, 27 April- Seorang pelajar lelaki maut, manakala...

Agong zahir ucapan selamat menyambut Hari TLDM ke-91
Nasional

Agong zahir ucapan selamat menyambut Hari TLDM ke-91

FOTO FB Sultan Ibrahim Sultan IskandarKUALA LUMPUR, 27 April- Yang di-Pertuan Agong,...

Tuanku Syed Sirajuddin titah warga ATM buang sikap ego, tingkat profesionalisme
Nasional

Tuanku Syed Sirajuddin titah warga ATM buang sikap ego, tingkat profesionalisme

Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail berkenan bergambar bersama anggota Kawalan Kehormatan...