Home Nasional Transformasi digital negara, usaha percepat rangkaian 5G semua perusahaan penting
Nasional

Transformasi digital negara, usaha percepat rangkaian 5G semua perusahaan penting

Transformasi digital negara, usaha percepat rangkaian 5G semua perusahaan penting

Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR, 23 Julai-Usaha berterusan mempercepat penggunaan rangkaian 5G dalam pelbagai perusahaan adalah penting untuk mentransformasikan digital Malaysia.

Menteri Digital, Gobind Singh Deo berkata pengguna mendapat manfaat daripada kelajuan pantas dan pengalaman mudah alih yang dipertingkatkan melalui 5G, selain merevolusikan operasi perniagaan, kerjasama dan inovasi.

\”Contohnya jika anda dalam industri kesihatan yang beroperasi di hospital, di mana anda akan melakukan pembedahan jarak jauh..anda perlu memastikan mempunyai rangkaian yang dibina untuk menyokong pembedahan tersebut.

\”Doktor berada di Kanada menjalankan pembedahan dari jauh.. dari Kanada ke hospital di sini dengan menggunakan robot.. perlu dipastikanmempunyai sambungan yang boleh menyokong anda,\” kata Gobind dalam ucapan pada Persidangan The PRISM 2024 di sini.

Katanya lagi, 5G akan memainkan peranan penting dalam memacu produktiviti dan daya saing untuk Malaysia.

Ia turut meletakkan negara sebagai peneraju 5G di rantau ini.

Related Articles

Mangga Harum Manis Kedah catat lonjakan pengeluaran tahun ini
Nasional

Mangga Harum Manis Kedah catat lonjakan pengeluaran tahun ini

Pengeluaran mangga Harum Manis di Kedah pada tahun ini dijangka meningkat hampir...

Tengku Ampuan Pahang berkenan sertai larian Hari Sarapan MILO
Nasional

Tengku Ampuan Pahang berkenan sertai larian Hari Sarapan MILO

FOTO RTMKUANTAN, 20 April- Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah...

Perkukuh hubungan dua hala, TPM Zahid mulakan lawatan rasmi tiga hari ke Indonesia
Nasional

Perkukuh hubungan dua hala, TPM Zahid mulakan lawatan rasmi tiga hari ke Indonesia

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi / Foto Hiasan...

Pekerja perlu fizikal, mental kuat bantu bangunkan negara
Nasional

Pekerja perlu fizikal, mental kuat bantu bangunkan negara

Menteri Sumber Manusia Steven Sim (lima, kanan) bergambar kenangan bersama peserta pada...