Home Nasional Tragedi "Water Rafting": Kepala air, hujan punca bot terbalik
Nasional

Tragedi "Water Rafting": Kepala air, hujan punca bot terbalik

Tragedi "Water Rafting": Kepala air, hujan punca bot terbalik

FOTO RTM

Kampar, 16 November- Kejadian bot \’rafting\’ terbalik di Sungai Jahang, Gopeng sehingga mengorbankan tiga mangsa, berlaku akibat kepala air yang terjadi selepas hujan.

Pemangku Ketua Polis Perak, DCP Zulkafli Sariaat ketika mengesahkan perkara itu berkata pihaknya menerima maklumat daripada orang awam pada pukul 5.50 petang semalam.

Siasatan awal mendapati bot yang dinaiki tujuh peserta itu, terbalik semasa menjalankan aktiviti \’water rafting\’ menyebabkan kesemua mangsa hanyut.

Bagaimanapun, empat peserta berjaya diselamatkan, namun tiga peserta terdiri daripada dua lelaki dan seorang wanita gagal diselamatkan.

Mangsa yang lemas dikenal pasti sebagai Suhaili Mat Saad, 47 tahun dari Nibong Tebal, Pulau Pinang, Mohamad Khairul Hakim Hamidi, 37 tahun dari Langkawi dan Muhammad Ikram Abdul Bari, 29 tahun dari Jitra, Kedah.

Mangsa merupakan antara 22 peserta daripada Jabatan Kerja Raya (JKR) Seberang Perai Tengah dan Langkawi yang menyertai program \’Team Building\’.

Mayat kesemua mangsa telah dihantar ke Unit Forensik Hospital Kampar untuk bedah siasat.

Kes diklasfikasikan sebagai mati mengejut (SDR) dan segala aktiviti sukan air di kawasan sekitar dihentikan buat sementara waktu.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....