Home Nasional Tragedi pengeboman di Quetta : PM ucap takziah kepada rakyat Pakistan
Nasional

Tragedi pengeboman di Quetta : PM ucap takziah kepada rakyat Pakistan

Tragedi pengeboman di Quetta : PM ucap takziah kepada rakyat Pakistan

FOTO AFP

KUALA LUMPUR, 9 November- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengucapkan takziah kepada rakyat Pakistan serta menzahirkan rasa sedih beliau terhadap insiden pengeboman ngeri di Quetta yang telah meragut nyawa sekurang-kurangnya 24 orang dan menyebabkan ramai lagi cedera.

\”Bagi pihak Malaysia, saya mengucapkan takziah kepada rakyat Pakistan yang meratapi kehilangan orang tersayang akibat perbuatan tidak masuk akal dan dahsyat ini,\” katanya dalam hantaran di laman Facebook.

Beliau berkata tindakan kejam dan ganas itu, yang menyasarkan orang awam serta anggota keselamatan, adalah peringatan jelas tentang ancaman berterusan yang dicetuskan oleh puak ekstrem dan berideologi tegar sehingga menjejaskan kemajuan serta keamanan dalam masyarakat Islam.

Anwar juga berkata Malaysia berdiri teguh dalam solidariti dengan kerajaan Pakistan bagi memerangi keganasan.

Menurut laporan media antarabangsa, sekurang-kurangnya 24 orang maut manakala lebih 40 lagi cedera dalam letupan bom di stesen kereta api di Quetta yang terletak di barat daya Pakistan pada Sabtu.

Pakistan kini bergelut dengan serangan yang semakin meningkat oleh puak pemisah etnik dan militan Islam di wilayah Balochistan di barat laut.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....