Home Nasional TPM ucap tahniah, Ziyad Zolkefli rangkul pingat perak
Nasional

TPM ucap tahniah, Ziyad Zolkefli rangkul pingat perak

TPM ucap tahniah, Ziyad Zolkefli rangkul pingat perak

Foto Facebook Zahid Hamidi

KUALA LUMPUR, 4 September – Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Zahid Hamid mengucapkan tahniah atas kejayaan Ziyad Zolkefli meraih pingat perak dalam acara lontar peluru lelaki F20 di Sukan Paralimpik Paris 2024.

Beliau menerusi hantaran laman sosial Facebook berkata, ia sebagai bukti dedikasi dan semangat juang atlet itu yang tidak pernah luntur.

Tambahnya lagi dengan lontaran sejauh 17.18 meter, Ziyad sekali lagi membuktikan kehebatannya di pentas dunia.

\”Tahniah saya ucapkan buat Muhammad Ziyad Zolkefli atas kejayaan meraih pingat perak dalam acara lontar peluru lelaki F20 di Sukan Paralimpik Paris 2024.

\”Pencapaian ini adalah bukti dedikasi dan semangat juang Ziyad yang tidak pernah luntur.

\”Syabas, Ziyad! Teruskan perjuangan mengharumkan nama negara\” kata Zahid.

Related Articles

KKR lulus RM263 juta peruntukan untuk Johor
Nasional

KKR lulus RM263 juta peruntukan untuk Johor

Datuk Seri Alexander Nanta Linggi bersama-sama Datuk Onn Hafiz Ghazi di Kementerian...

Permohonan UPUOnline kemasukan ke IPTA, MARA BPT dibuka bermula 10 Februari
Nasional

Permohonan UPUOnline kemasukan ke IPTA, MARA BPT dibuka bermula 10 Februari

Foto hiasan KUALA LUMPUR, 7 Februari- Permohonan kemasukan pelajar Sesi Akademik 2025/2026...

MITI komited pacu integrasi ekonomi serantau
Nasional

MITI komited pacu integrasi ekonomi serantau

Mastura Ahmad MustafaKUALA LUMPUR, 7 Februari- Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI)...

Banjir: Sarawak beransur pulih, Sabah meningkat sedikit
Nasional

Banjir: Sarawak beransur pulih, Sabah meningkat sedikit

Foto arkib RTM: Pandangan melalui udara situasi banjir di Sabah baru-baru iniKUALA...