Home Nasional TMS25: Selangor tambah peruntukan dalam Belanjawan negeri 2025
Nasional

TMS25: Selangor tambah peruntukan dalam Belanjawan negeri 2025

TMS25: Selangor tambah peruntukan dalam Belanjawan  negeri 2025

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari /Foto RTM

SEPANG, 3 November-Selangor akan menambah peruntukan sektor pelancongan dalam belanjawan 2025 bagi menjayakan Tahun Melawat Selangor 2025 (TMS25).

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata sektor itu menerima peruntukan RM5.3 juta pada tahun ini bagi melaksana perancangan menjelang TMS25.

\”Dalam majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri yang lepas, MTES yang lepas kita telah melihat beberapa perancangan yang akan dilancarkan oleh ataupun akan di laksanakan oleh pihak Tourism Selangor.

\”Saya akan umumkan dalam belanjawan beberapa tambahan atau tambah nilai yang kita akan masukkan dalam pembangunan program pelancongan dan juga aktiviti pelancongan demi menarik pelancong sempena dengan Tahun Melawat Selangor 2025.

\”Tahun sbelum ini kita belanja RM5.3 dan RM5.5 juta. Untuk tahun ini, persediaan untuk tahun depan, tahun depan saya akan umum dalam belanjawan.

Tapi Insya- Allah ada penambahan\”, katanya demikian selepas melancarkan logo Tahun Melawat Selangor 2025, di reruai Tourism Selangor sempena perlumbaan Grand Prix Motosikal (MotoGP) Malaysia 2024 di Litar Antarabangsa Sepang di sini.

Dalam pada itu, Selangor juga akan memasukkan pelancongan sukan dalam kalender pelancongan tahun depan bagi merancakkan sambutan TMS2025 yang bertemakan \’Surprising Selangor\’.

Katanya, pelbagai aktiviti sukan telah dan akan diadakan di Selangor yang berpotensi menarik lebih ramai pelancong dari dalam dan luar negara, serta membantu mencapai sasaran kehadiran lapan juta pelancong.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....