Home Nasional TLDM tingkat pengawasan, tangani cabaran maritim
Nasional

TLDM tingkat pengawasan, tangani cabaran maritim

TLDM tingkat pengawasan, tangani cabaran maritim

Foto Hiasan / Bernama

KUALA LUMPUR, 19 Mac – Strategi pertahanan maritim Malaysia menekankan aspek pengawasan, kehadiran aset tentera, kerjasama antarabangsa serta pemodenan sistem pertahanan, bagi memastikan keselamatan dan kedaulatan negara terus terpelihara.

Timbalan Menteri Pertahanan, Adly Zahari berkata Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) komited memainkan peranan utama dalam mempertahankan perairan negara, sama ada di Selat Melaka mahupun Laut China Selatan.

Menurut beliau, fokus pertahanan di Selat Melaka melibatkan keselamatan perdagangan dan laluan perkapalan, usaha menangani jenayah maritim, kerjasama serantau serta latihan ketenteraan bersama.

“Fokus pertahanan di Laut China Selatan pula lebih kompleks kerana terdapat pertindihan tuntutan maritim antara Malaysia, China, Vietnam, Filipina, dan Brunei.

\”Keutamaan TLDM di kawasan ini merangkumi kedaulatan zon maritim Malaysia, menangani provokasi kuasa asing, penggunaan aset strategik untuk pengawasan, serta kerjasama serantau dan antarabangsa,” katanya ketika menjawab pertanyaan Senator Datuk Mustafa Musa di Dewan Negara, di sini.

Tambah beliau, TLDM mengambil pelbagai langkah dalam menangani cabaran keselamatan di kawasan pertindihan sempadan, termasuk meningkatkan rondaan, mengukuhkan diplomasi ketenteraan, memodenkan aset serta teknologi pertahanan, selain mempergiat kerjasama dengan agensi tempatan dan serantau.

Related Articles

Selangor mesyuarat khas teliti haramkan jual vape
Nasional

Selangor mesyuarat khas teliti haramkan jual vape

Gambar hiasanSHAH ALAM, 25 April – Kerajaan Negeri Selangor sedang meneliti secara...

AirBorneo aspirasi Sarawak perkukuh hubungan serantau – Abang Johari
Nasional

AirBorneo aspirasi Sarawak perkukuh hubungan serantau – Abang Johari

Premier Tan Sri Abang Johari Tun Openg/Foto UKASKUCHING, 25 April – Syarikat...

Kuala Selangor, Segamat masih terjejas banjir
Nasional

Kuala Selangor, Segamat masih terjejas banjir

Foto BERNAMAKUALA LUMPUR, 25 April- Seramai 369 orang daripada 87 keluarga terjejas...

IEA sedia bantu Malaysia dalami, kaji penggunaan tenaga nuklear
Nasional

IEA sedia bantu Malaysia dalami, kaji penggunaan tenaga nuklear

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah YusofLONDON, 23 April – Agensi Tenaga...