Home Nasional Titah Addendum, mahkamah dengar rayuan Najib Razak 6 Januari depan
Nasional

Titah Addendum, mahkamah dengar rayuan Najib Razak 6 Januari depan

Titah Addendum, mahkamah dengar rayuan Najib Razak 6 Januari depan

Foto Fail

KUALA LUMPUR, 9 Disember– Mahkamah Rayuan menetapkan 6 Januari depan untuk mendengar rayuan Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung keputusan Mahkamah Tinggi menolak kebenaran semakan kehakiman dan notis usul yang difailkan bekas Perdana Menteri itu

Ia bagi mengemukakan keterangan tambahan berkaitan Titah Addendum.

Sehubungan itu, Jabatan Peguam Negara meminta semua pihak menghormati prosiding mahkamah dan tidak mengeluarkan sebarang kenyataan yang bersifat subjudis.

Rayuan Datuk Seri Najib adalah berkaitan cabarannya terhadap Titah Addendum Yang di-Pertuan Agong ke-16 bagi membolehkan beliau menjalani baki hukuman penjara enam tahun sebagai tahanan di rumah.

Pada 3 Julai lepas, Mahkamah Tinggi menolak permohonan Najib untuk memulakan prosiding semakan kehakiman dan beliau kemudian merayu keputusan itu di Mahkamah Rayuan.

Mahkamah Tinggi sebelum ini menjatuhi hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta ke atas beliau namun dikurangkan kepada enam tahun dan RM50 juta susulan petisyen pengampunan diraja yang difailkan pada 2 September 2022.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....