Home Nasional Tiong King Sing sumbang 3,000 beg sekolah untuk penduduk terjejas banjir
Nasional

Tiong King Sing sumbang 3,000 beg sekolah untuk penduduk terjejas banjir

Tiong King Sing sumbang 3,000 beg sekolah untuk penduduk terjejas banjir

Steven Kong, mewakili Datuk Seri Tiong King Sing menyampaikan sumbangan beg sekolah untuk diedarkan kepada pelajar terjejas banjir

BINTULU, 13 Mac- Bagi meringankan beban keluarga yang terjejas akibat banjir baru-baru ini, Ahli Parlimen Bintulu, Datuk Seri Tiong King Sing, menyumbangkan sebanyak 3,000 beg sekolah kepada Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian Bintulu.

Menerusi pegawai khasnya, Steven Kong, memberitahu sumbangan tersebut merupakan sebahagian daripada komitmen berterusan pihaknya dalam membantu masyarakat yang memerlukan, khususnya bagi memastikan para pelajar tidak ketinggalan dalam pelajaran akibat bencana yang melanda.

Daripada jumlah itu, sebanyak 2,000 beg sekolah akan disalurkan kepada Jabatan Pendidikan Bahagian Bintulu untuk diagihkan kepada pelajar yang terkesan di 22 buah sekolah rendah dan menengah yang terbabit dalam bencana itu.

Selain itu, sebanyak 500 beg sekolah masing-masing akan disalurkan kepada Jabatan Pendidikan Tatau dan Sebauh bagi membantu pelajar yang turut terjejas.

Sumbangan tersebut diharapkan dapat memberikan sedikit kelegaan kepada keluarga yang terkesan serta memastikan para pelajar dapat kembali ke sekolah dengan kelengkapan yang mencukupi untuk meneruskan pembelajaran mereka.

Related Articles

JPN Kelantan galak sekolah YIK pakai lencana Jalur Gemilang
Nasional

JPN Kelantan galak sekolah YIK pakai lencana Jalur Gemilang

FOTO RTMKOTA BHARU, 21 April- Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kelantan menggalakkan sekolah-sekolah...

Cintakan negara bermula dari rumah- KPWKM
Nasional

Cintakan negara bermula dari rumah- KPWKM

Datuk Seri Nancy (TENGAH) pada Majlis Pemakaian Lencana Jalur Gemilang Pada Pakaian...

Bakal jemaah haji perlu bersyukur, peluang jadi tetamu Allah
Nasional

Bakal jemaah haji perlu bersyukur, peluang jadi tetamu Allah

Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bergambar kenangan bersama peserta ursus Perdana Haji...

2 cedera, rumah pekerja dijilat api
Nasional

2 cedera, rumah pekerja dijilat api

FOTO JBPM SARAWAKBINTULU, 21 April- Dua individu, seorang wanita berusia 59 tahun...