Home Nasional Tinjauan bekalan beras putih, stok masih mencukupi
Nasional

Tinjauan bekalan beras putih, stok masih mencukupi

Tinjauan bekalan beras putih, stok masih mencukupi

Pengurus pasar raya, Alfian Yusof dan Penyelia pasar raya, Faezah Rahmat

KUALA LUMPUR, 4 Januari – Bekalan Beras Putih Import (BPI) dalam pasaran tempatan mencukupi dan dijual pada harga kawalan seperti ditetapkan oleh kerajaan.

Justeru, cadangan Ketua Kluster Makanan Majlis Tindakan Kos Sara Hidup (NACCOL), Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal agar Malaysia menambah import beras putih dari negara luar adalah tidak perlu berdasarkan tinjauan semasa.

Menurut penyelia pasar raya, Faezah Rahmat, tiada isu terputus bekalan bagi beras tempatan mahu pun beras import setakat ini.

\”Bekalan beras mencukupi. Setiap minggu stok beras masuk seperti biasa,\” katanya ketika ditemui RTM di ibu negara.

Perkara sama turut disahkan oleh pengurus pasaraya, Alfian Yusof, yang memaklumkan bahawa stok beras putih sentiasa ada tanpa sebarang masalah.

\”Untuk beras putih, stok memang mencukupi dan masuk setiap minggu. Namun, ada sedikit kekurangan pada bekalan beras tempatan,\” jelasnya.

Pihak pasar raya juga menegaskan bahawa mereka akan terus memastikan stok mencukupi bagi memenuhi keperluan pengguna.

Pada Khamis, NACCOL mencadangkan agar Malaysia mengimport beras putih dari Pakistan.

Langkah itu sebagai kaedah yang berpotensi menoktahkan kemelut berhubung harga dan bekalan beras putih di pasaran tempatan.

Bagaimanapun, BERNAS dalam kenyataan media baru-baru ini memberi jaminan bahawa bekalan dan harga Beras Putih Import (BPI) adalah terkawal dan mencukupi bagi keperluan rakyat negara ini.

Malah, pihaknya sentiasa memastikan harga BPI di Malaysia kekal kompetitif dan sejajar dengan corak harga pasaran dunia.

Related Articles

Selangor mesyuarat khas teliti haramkan jual vape
Nasional

Selangor mesyuarat khas teliti haramkan jual vape

Gambar hiasanSHAH ALAM, 25 April – Kerajaan Negeri Selangor sedang meneliti secara...

AirBorneo aspirasi Sarawak perkukuh hubungan serantau – Abang Johari
Nasional

AirBorneo aspirasi Sarawak perkukuh hubungan serantau – Abang Johari

Premier Tan Sri Abang Johari Tun Openg/Foto UKASKUCHING, 25 April – Syarikat...

Kuala Selangor, Segamat masih terjejas banjir
Nasional

Kuala Selangor, Segamat masih terjejas banjir

Foto BERNAMAKUALA LUMPUR, 25 April- Seramai 369 orang daripada 87 keluarga terjejas...

IEA sedia bantu Malaysia dalami, kaji penggunaan tenaga nuklear
Nasional

IEA sedia bantu Malaysia dalami, kaji penggunaan tenaga nuklear

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah YusofLONDON, 23 April – Agensi Tenaga...