Home Nasional Tingkat ketelusan caj rawatan, perbincangan pelaksanaan DRG sedang dijalankan
Nasional

Tingkat ketelusan caj rawatan, perbincangan pelaksanaan DRG sedang dijalankan

Tingkat ketelusan caj rawatan, perbincangan pelaksanaan DRG sedang dijalankan

FOTO RTM

KUALA LUMPUR, 10 Disember- Perbincangan mengenai pelaksanaan kumpulan berkaitan diagnosis (DRG) sedang giat dijalankan bagi meningkatkan ketelusan caj rawatan pesakit.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, pelaksanaan DRG itu akan membantu mengatasi isu kos perubatan yang menjadi antara punca kenaikan premium insurans perubatan.

“Melalui sistem DRG, kita akan dapat mengamalkan satu pendekatan yang memastikan bayaran di hospital swasta menjadi lebih terkawal, dan dengan itu, kita dapat mengelakkan inflasi yang melampau dalam kos rawatan,” katanya ketika merasmikan Pameran Peranti Perubatan Antarabangsa dan Persidangan (IMDEC) 2024 hari ini.

Jelasnya, langkah itu bukan bertujuan untuk mengawal harga, tetapi sebagai satu pembaharuan yang baik dalam sistem pembiayaan kewangan.

Sementara itu, beliau memaklumkan Malaysia telah menjadi destinasi pilihan untuk lebih 200 pengeluar peranti perubatan dan lebih daripada 30 syarikat multinasional dalam industri penjagaan kesihatan.

Jelasnya sektor peranti perubatan menyumbang kira-kira RM18 bilion kepada ekonomi negara pada 2023.

Beliau juga berkata sektor ini juga telah mewujudkan kira-kira 95,000 pekerjaan di dalam negara sejak 2012.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....