Home Nasional Tingkat kesalinghubungan lebih baik, TM-SDEC lanjutkan kerjasama
Nasional

Tingkat kesalinghubungan lebih baik, TM-SDEC lanjutkan kerjasama

Tingkat kesalinghubungan lebih baik, TM-SDEC lanjutkan kerjasama

Foto RTM

KUALA LUMPUR, 26 Disember- Kerjasama antara Telekom Malaysia Berhad (TM) dan Sarawak Digital Economy Corporation Berhad (SDEC) dilanjutkan ke fasa seterusnya bagi meningkatkan kesalinghubungan lebih baik.

Ia selaras dengan Strategi Ekonomi Digital Sarawak dan Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 2030.

Naib Presiden Eksekutif TM One, Shazurawati Abd Karim berkata, kerjasama itu merangkumi pelaksanaan penyelesaian Metro-E TM One, sambungan jalur lebar yang fleksibel, selamat dan berprestasi tinggi.

Menerusi perkhidmatan tersebut, ia dapat menyediakan akses internet ke 81 lokasi, termasuk kawasan luar bandar.

\”Projek selama lima tahun itu juga turut menawarkan internet berkelajuan tinggi yang menyokong sektor utama. Antaranya sektor pendidikan, penjagaan kesihatan, dan perniagaan tempatan.

\”Kemudahan itu bagi memudahkan pelaksanaan pengkomputeran awan, teleperubatan dan pendidikan dalam talian,\” katanya menerusi kenyataan.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....