Home Nasional Tindakan pantas bomba, elak kerugian kedai serbaneka
Nasional

Tindakan pantas bomba, elak kerugian kedai serbaneka

Tindakan pantas bomba, elak kerugian kedai serbaneka

Foto Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Kedah

BALING, 6 Ogos- Tindakan pantas Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) berjaya mengelakkan sebuah kedai serbaneka daripada menanggung kerugian besar selepas stor kedai tersebut terbakar, pagi tadi.

Kebakaran berlaku di Jalan Baling-Kuala Ketil, Baling kira-kira pukul 5.45 pagi.

Komander Operasi Kanan Zon 3 JBPM Kedah Penguasa Bomba Mohamad Sofi Abdul Wahab dalam satu kenyataan berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan melalui MERS 999 pada pukul 5.47 pagi yang memaklumkan mengenai kebakaran bangunan.

Beberapa buah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Baling dan BBP Amanjaya diarah dan tiba di lokasi kejadian pada pukul 6.19 pagi.

Setibanya di lokasi, kebakaran melibatkan stor Kedai Jimat RM2.00 yang berkeluasan 20 X 40 kaki persegi.

\”Tindakan awal pemadaman dibantu oleh Pasukan Bomba Sukarela Kuala Ketil yang membantu memadam kebakaran di peringkat awal.

\”Operasi pemadaman menggunakan satu aliran dua pancutan air tangki jentera. Operasi dapat dikawal pada pukul 6.26 pagi,\” katanya.

Kejadian melibatkan stor kedai berkenaan dengan keluasan 20 X 40 kaki persegi terbakar kira-kira 30 peratus.

Bagaimanapun tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Punca dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.

Related Articles

Isu berkaitan internet antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Nasional

Isu berkaitan internet antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini

Foto BERNAMAKUALA LUMPUR, 4 November- Persidangan Dewan Rakyat hari ini antara lain...

Kartel baja: Dua bekas pengurus besar ditahan
Nasional

Kartel baja: Dua bekas pengurus besar ditahan

Foto HiasanPUTRAJAYA, 3 November-Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menahan reman dua...

Penubuhan JTDC mampu realisasikan pelaksanaan gaji premium
Nasional

Penubuhan JTDC mampu realisasikan pelaksanaan gaji premium

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi /Foto RTMJOHOR BAHARU,...

Subsidi RM300 pelajar IPT dalam Sabah pulang ke kampung – Hajiji
Nasional

Subsidi RM300 pelajar IPT dalam Sabah pulang ke kampung – Hajiji

Hajiji Noor / Foto BERNAMAKOTA KINABALU, 3 November- Kerajaan Sabah akan memberikan...