Home Nasional Tindakan pantas bomba, elak kerugian kedai serbaneka
Nasional

Tindakan pantas bomba, elak kerugian kedai serbaneka

Tindakan pantas bomba, elak kerugian kedai serbaneka

Foto Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Kedah

BALING, 6 Ogos- Tindakan pantas Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) berjaya mengelakkan sebuah kedai serbaneka daripada menanggung kerugian besar selepas stor kedai tersebut terbakar, pagi tadi.

Kebakaran berlaku di Jalan Baling-Kuala Ketil, Baling kira-kira pukul 5.45 pagi.

Komander Operasi Kanan Zon 3 JBPM Kedah Penguasa Bomba Mohamad Sofi Abdul Wahab dalam satu kenyataan berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan melalui MERS 999 pada pukul 5.47 pagi yang memaklumkan mengenai kebakaran bangunan.

Beberapa buah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Baling dan BBP Amanjaya diarah dan tiba di lokasi kejadian pada pukul 6.19 pagi.

Setibanya di lokasi, kebakaran melibatkan stor Kedai Jimat RM2.00 yang berkeluasan 20 X 40 kaki persegi.

\”Tindakan awal pemadaman dibantu oleh Pasukan Bomba Sukarela Kuala Ketil yang membantu memadam kebakaran di peringkat awal.

\”Operasi pemadaman menggunakan satu aliran dua pancutan air tangki jentera. Operasi dapat dikawal pada pukul 6.26 pagi,\” katanya.

Kejadian melibatkan stor kedai berkenaan dengan keluasan 20 X 40 kaki persegi terbakar kira-kira 30 peratus.

Bagaimanapun tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Punca dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....