Home Nasional Tindakan Meta biadap, Anwar beri peringatan tegas agar tidak jadi perkakas Zionis
Nasional

Tindakan Meta biadap, Anwar beri peringatan tegas agar tidak jadi perkakas Zionis

Tindakan Meta biadap, Anwar beri peringatan tegas agar tidak jadi perkakas Zionis

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim / Foto Fail

KUALA LUMPUR, 1 Ogos – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengecam tindakan biadap pihak Meta Platforms Inc (Meta) menurunkan hantaran video, ucapan takziah dan kritikan terhadap pembunuhan Ketua Biro Politik Hamas, Ismail Haniyeh.

Anwar berkata adalah tidak masuk akal apabila hantaran menghormati seorang pejuang yang berusaha memerdekakan tanah airnya daripada kezaliman dan penderitaan dianggap berbahaya.

“Peringatan tegas saya terhadap Meta – usah jadi bacul dan perkakas rejim zalim Zionis Israel!” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Sebelum ini, Pejabat Perdana Menteri turut mengecam tindakan Meta menurunkan hantaran gambar di Instagram yang memaparkan pertemuan Datuk Seri Anwar dengan pemimpin Hamas di Doha, Qatar, bulan lalu.

Tindakan itu ternyata memperlihatkan diskriminasi terhadap situasi di Palestin dan pemimpin di negara itu.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....