Home Nasional Tiga rumah teres di Klang musnah dalam kebakaran malam tadi
Nasional

Tiga rumah teres di Klang musnah dalam kebakaran malam tadi

Tiga rumah teres di Klang musnah dalam kebakaran malam tadi

Foto fail

SHAH ALAM, 31 Mac – Tiga buah rumah teres setingkat di Taman Sri Gadong, Klang dekat sini musnah dalam kebakaran malam tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata bagaimanapun tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Ahmad Mukhlis berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada 11.09 malam sebelum menggerakkan 16 pegawai serta anggota bersama tiga jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Klang Selatan, Klang Utara dan Andalas ke lokasi.

“Maklumat awal mendapati kebakaran hanya membabitkan sebuah rumah teres. Bagaimanapun, hasil siasatan lanjut mendapati kejadian itu membabitkan tiga rumah,\” katanya menerusi satu kenyataan.

Kebakaran dipadamkan pada 11.45 malam manakala jumlah kerugian dan punca kejadian masih dalam siasatan.

Related Articles

Kebakaran saluran paip gas: KPKT kaji mekanisme bantu mangsa
Nasional

Kebakaran saluran paip gas: KPKT kaji mekanisme bantu mangsa

Menteri Perumahan dan Kerajaan tempatan, Nga kor Ming / Foto BERNAMAKUALA LUMPUR,...

Kebakaran saluran paip gas: 20 agensi mula siasatan pagi ini
Nasional

Kebakaran saluran paip gas: 20 agensi mula siasatan pagi ini

FOTO BERNAMASUBANG JAYA, 2 April- Sebanyak 20 agensi akan memulakan siasatan dan...

Parlimen Puchong salur RM1,000 kepada mangsa kebakaran Putra Heights
Nasional

Parlimen Puchong salur RM1,000 kepada mangsa kebakaran Putra Heights

FOTO FACEBOOK Yeo Bee Yin(杨美盈) PUCHONG, 2 April- Bantuan tunai sebanyak RM1,000...

HSA sasar kumpul 7,200 beg darah
Nasional

HSA sasar kumpul 7,200 beg darah

Foto BERNAMAJOHOR BAHRU, 2 April-Jabatan Perubatan Transfusi Hospital Sultanah Aminah (HSA), Johor...